Home

PERSEDIAAN UNTUK PENYUSUAN SEJAK HAMIL

Penyusuan Ekslusif untuk bayi anda


Menyusukan sendiri bayi saat yang dinantikan oleh ibu. Hakikatnya semua ibu boleh menyusukan anaknya melainkan terdapat masalah-masalah tertentu. Dalam usaha merealisasikan impian itu, anda perlu maksanakan persiapan awal sejak dari awal usia kehamilan.


Ramai beranggapan penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semula jadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, dikhuatiri anda akan terkandas di pertengahan jalan nanti.

1) Hadiri kelas penyusuan
➜ Menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau klinik kerajaan yang sering diadakan secara percuma. Anda juga boleh memilih kelas berbayar di mana kebanyakannya dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah. Sebaik-baiknya hadir ke kelas berkenaan bersama-sama suami supaya dia turut memahami konsep penyusuan susu ibu, sudah tentu anda mendapat sokongan padu daripadanya.

2) Pemakanan sihat
➜ Apabila anda mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil, ia membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Lalu, memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sejak bayi dilahirkan. Pada masa yang sama, memastikan keperluan kalsium da protein dalam tubuh mencukupi.

3) Peralatan penyusuan
➜ Persediaan peralatan penyusuan susu ibu adalah sangat penting dalam memastikan anda dapat menyusukan bayi dengan lancar. Hal ini terutamanya bagi ibu bekerjaya. Antaranya ialah pam payudara, coli penyusuan, pelapik payudara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan, peti sejuk dan lain-lain.

4) Kebersihan puting
➜ Bersihkan puting setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya. Namun, elakkan menyapu sabun di bahagian puting. Langkah ini sangat penting terutamanya di trimester terakhir kerana kolostrum sudah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan sebaik-baiknya, ia dikhuatiri tersumbat. Dalam pada itu, anda boleh juga menarik dan mengurut puting perlahan-lahan ataupun menyikat kedua-dua belah payudara menggunakan sikat secara perlaha-lahan.

5) Kenali payudara
➜ Anda perlu mengenali payudara sendiri. Perkara ini nampak remeh tetapi memberikan impak  besar. Ia membolehkan anda mengetahui sama ada anda mempunyai puting tenggelam atau normal. Cara pemeriksaannya mudah dan boleh dilakukan ketika mandi. Tekan puting payudara dengan tapak tangan selama dua minit dan lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, bermakna payudara anda normal. Jika hampir seminit menunggu tiada apa-apa perubahan, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam. Apabila sudah mengetahui masalah payudara, ia memudahkan anda  penyelesaian awal agar lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang ada.

6) Niat
➜ Pasang niat dan mula berazam untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan sejak anda mula disahkan hamil. Setelah azam ditanam, jangan lupa suburkannya dengan motivasi menerusi pembacaan, perkongsian pengalaman dan sebagainya. Dengan niat dan azam yang kuat, anda tidak mungkin mudah berputus asa. Segala rintangan dan dugaan pasti sanggup anda harungi jika niat dan azam diutamakan melebihi segala-galanya.

7) Berdoa
➜ Sentiasa berdoa dipermudahkan proses perjalanan penyusuan anak anda. Dia suka mendengar doa hamba-Nya. Jadi, selalu dekatkan diri kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi Rezeki yang bakal anak anda peroleh nanti iaitu susu ibu.


TIPS PEMAKANAN SUNNAH 
Amalkan jenis makanan berkenaan semasa hamil setiap hari. Amalan sebehini diharap dapat membantu anda mempersiapkan tubuh agar dapat menyusukan bayi setelah lahor kelak dengan jayanya.
➜ 11 biji kurma
➜ Tujuh biji kismis
➜ Madu

Sumber : Mingguan Wanita


Ingin mendapatkan suplemen tambahan untuk penyusuan 

Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :


➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

No comments:

Post a Comment