Awas!! Teknik yang salah boleh menyebabkan wajah mengalami kecederaan dan meninggalkan parut. Sebenarnya ada panduan untuk memicit jerawat. Tanpa perlu pergi ke spa kita boleh melakukannya sendiri dirumah.
TIPS MEMICIT JERAWAT AGAR WAJAH BEBAS CELA
1) Bersihkan sisa solekan terutama pada bahagian mata dan bibir. Korang boleh guna pembersih solekan atau minyak zaitun. Selepas itu cuci muka dengan sempurna menggunakan produk pembersihan wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda. SET PENJAGAAN KULIT WAJAH SHAKLEE
2) Mandi dengan air suam untuk melembutkan kulit anda. Air suam juga membuatkan korang lebih relaks.
3) Cuci tangan dengan sabun atau pencuci antibakteria untuk mencegah penyebaran kuman.
4) Gunakana jarum baru setiap kali memicit jerawat. Elakkan jarum yang berkarat kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.
5) Gunakan jarum untuk menusuk bahagian puncak jerawat yang memutih. Lakukan dengan lembut dan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan (lakukan langkah ini di hadapan cermin).
6) Bungkus kedua-dua jari telunjuk dengan tisu atau kapas yang bersih.
7) Letakkan kedua jari telunjuk di antara jerawat untuk membuang cairan yang mengandungi sel darah mati dan bakteria. Hentikan tekanan selepas cairan ini habis. Kemudin, bersihkan bahagian ini dengan kapas yang dibasahkan dengan air suam.
PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN
• Jangan sesekali menyentuh jerawat dengan tangan yang kotor kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan jerawat merebak ke bahagian lain.
• Usah menggunakan ubat gigi untuk mengecutkan jerawat kerana dikhuatiri menyebabkan melecet.
• Elakkan memicit jerawat dengan kuku kerana akan meninggalkan kesan parut pada wajah.
Korang boleh cuba SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE untuk mengatasi masalah jerawat
kalau boleh jangan dipicit jerawat tu mengunakan kuku..sebad ramai yang cakap nanti tinggal parut.
ReplyDelete