Home

TIPS ATASI ANAK SUKAR TIDUR

Menurut doktor kanak-kanak, terdapat kanak-kanak yang mengalami insomnia. Mereka menolak untuk tidur sedangkan keperluan rehat mereka sebanyak 12 hingga 14 jam sehari bagi perkembangan mereka.



Bagi mengatasi masalah tersebut, ibu-ibu boleh mengikuti panduan berikut ;

ATUR JADUAL 

Apabila anak sudah terbiasa yidur lewat malam, anda boleh melakukan penjadualan secara bertahap. Setiap 2-3 hari, anjakan waktu tidurnya 15 minit lebih awal. Lakukan secara bertahap jongga anak terbiasa tidur pada waktu sepatutnya. Jika anak anda tidur pada jam 9.00 malam, keperluan tidurnya selama 12-14 jam sehati dapat dipenuhi.

ELAKKAN MENGEJUTKAN ANAK

Sewaktu anak tidur, proses perkembangan kreativiti, kecerdasan, daya tahan tubuh dan pelbagai proses penting berlaku. Oleh itu, jangan sesekali mengejutkan anak dari lenany jika anda pulang lewat hanya kerana anda berasa rindu dengannya. Cari masa yang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama tanpa mengganggu waktu tidur.

PISAHKAN KAWASAN BERMAIN

Usahakan agar anak tidak bermain di bilik tidur. Jangan meletakkan TV di bilik tidurnya. Ini membantu anak memahami fungsi ruang tersebut dan apabila diajak untuk masuk ke bilik tidurnya, dia sudah mengerti tujuannya.

RITUAL SEBELUM TIDUR

Biasakan melakukan persiapan menjelang tidur antara 1-2 jam sebelum tidur. Ini termasuklah menggodok gigi, mencuci kaki, menggantikan pakaian tidur atau membacakan buku cerita untuk si kecil. Setelah itu, malapkan atau tutup lampu agar mata anak dapat beristirehat secara total sewaktu tidur. Ini akan membiasakan minda bawah sedarnya untuk memberitahu tiba waktunya tidur dan rasa mengantuk akan timbul seterusnya dia akan terlelap.

DISIPLIN WAKTU

Jika anda menyuruh anak tidur. Sebaiknya berikan contoh yang baik. Sebolehnya semenjak awal anak sudah dibiasakan untuk tidur sendiri di bilik tidurnya. Namun anda perlu berwaspada dengan gejala insomnia yang boleh berlaku kepada anak. Ada anak yang menolak yidur dengan pelbagai alasan seperti mengajak ke tandas, meminta mengambil minuman, minta berceriya atau memgajak berbual tanpa berhenti.

Anak sukar tidur? Makanan berikut boleh membantu si manja tidur dengan nyeyak.

PISANG - Kandungan potasium membantu anak tidur nyeyak ketana melepaskan myosin yang berperanan dalam merehatkan otak.
AYAM - Selain mengandungi protin, dahing ayam kaya vitamin B3 yang membantu bayi mendapatkan tidur yang berkualiti.
YOGURT - Yogurt kaya magnesium yang membuatkan saraf-saraf, otot dan pembuluh darah menjadi relaks.
CERI - Sumber melatonin untuk mendapatkan tidur berkualiti.

Tercari-cari makanan tambahn untuk anak anda?? Meh cuba beri MAKANAN TAMBAHAN UNTUK ANAK TERSAYANG


No comments:

Post a Comment