GEJALA URAT VERIKOS KETIKA KEHAMILAN
Gejala urat verikos ketika kehamilan adalah perkara biasa bagi kebanyakan wanita hamil. Biasanya ia terjadi di bahagian betis dan belakang peha, urat atau vena (salurah darah) berwarna biru berpintal.
Usah risau dengan perubahan ini. Ia berlaku kerana tekanan bertambah ke atas rangkaian pembuluh darah di bahagian bawah tubuh yang berpunca daripada pembesaran bayi dan rahim.
PENYEBAB
• Pembuluh utama yang mengalirkan darah daripada bahagian bawah tubuh kembali ke jantung adalah inferior vena kava. Tekanan tambahan melewatkan aliran darah daripada bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.
• Pengaliran darah yang lambat dengan peningkatan isi padu darah menyebabkan kecenderungan untuk darah berkumpul di bahagian bawah. Ini menyebabkan saluran darah vena menggelembung.
• Ketika kehamilan, hormon progesteron meningkat. Hormon ini menyebabkan dinding salurah darah rileks dan mengembang. Ini juga mengakibatkan penipisan dan pengembangan vena, beserta dengan tekanan tambahan daripada pembesaran bayi menyebabkan urat gelembung.
GEJALA
- Kaki berasa berat
- Kaki bengkak
- Keadaan sekeliling vena membengkak terasa gatal
- Kaki berasa berdenyut, sakit atau lenguh.
IBU HAMIL YANG BERISIKO
~ Ada sejarah sama dalam keluarga
~ Berat berlebihan
~ Mengandungg bayi besar
~ Anak kembar
CARA MENGELAK
• Kekalkan berat badan ideal.
• Melakukan senaman untuk memastikan kitaran darah yang baik.
• Amalkan pemakanan yang kaya dengan buah-buahan, sayuran dan serat yang merupankan pemakanan sihat seimbang.
• Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
• Pakai seluar sokongan ketat.
• Tidur dengan mengiring ke sebelah kiri. Letakkan bantal di belakang anda untuk mengelak dari berpusing ke belakang.
• Amalkan meletakkan kaki anda di atas bantal atau bangku pada siang hari.
• Jangan berdiri terlalu lama.
• Jangan duduk bersilang kaki.
• Elakkan memakai pakaian yang mecerut pada bahagian perut, kaki atau kelengkang. Juga jauhkan dari memakai kasut bertumit tinggi.
RAWATAN
1. Usahkan risau kerana urat verikos cuma terbentuk ketika mengandung dan beransur pulih selepas melahirkan bayi. Namun, gejala ini akan berulang setiap kalo kehamilan kembali dan akan bertambah teruk.
2. Doktor akan mengesyorkan pemakaian seluar sokongan ketat ketika mengandung. Pemakaian ini boleh mengurangkan dari gejalanya bertambah teruk.
3. Setelah melahirkan, jika didapati urat verikos atau penampilannya mengganggu anda berbincanglah dengan pakar bedah vaskular untuk mendapat pembedahan urat verikos. Namun pembedahan ini hanya akan seharusnya dilakukan sekiranya anda pasti tidak mahu hamil lagi.
TIPS LEGAKAN KAKI
Seringkali ibu hamil berdepan dengan masalah kejang kaki ataupun cramps. Keadaan yang berpunca dari kekurangan nutrien dan garam, pembesaran rahim serta perubahan hormon ini memang menyakitkan. Ia boleh terjadi tak kita masa. Sekiranya anda mengalaminya lakukan langkah berikut untuk melegakannya ;
- Buat regangan kaki dengan cara meluruskan kaki dan gerakan perlahan-lahan tapak kaki. Rasa sakit akan beransur-ansur kurang ketika anda melakukan gerakan ini.
- Minta bantuan suami atau rakan untuk mengurut pada otot yang kejang.
- Berjalan perlahan-lahan sehingga rasa kesakitan itu hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
SUPLEMEN SESUAI BAGI MEMBANTU MENANGANI GEJALAN URAT VERIKOS KETIKA KEHAMILAN
Manfaat pengambilan Ostematrix secara konsisten ketika hamil dapat memberikan si ibu ;
• Tidur lebih lena dan bangun pagi dengan cergas
• Tiada lagi sakit atau lenguh dibahagian pinggang dan peha
• Tiada masalah sembelit
• Mmebantu mengekalkan production breastmilk semasa hamil
• Membantu memudahkan proses bersalin
MANFAAT LAIN
☞ Meringankan stress
☞ Menguatkan tulang
☞ Memperbaiki masalah haid
☞ Memperbaiki kekejangan, sakit belakang dan rasa kebas-kebas
☞ Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik
☞ Meredakan migrain
☞ Pengalkalian tubuh
OSTEMATRIX PENTING UNTUK
- Ibu Hamil
- Ibu Menyusu
- Ibu Berpantang
- Orang Tua
- Ahli Sukan
- Wanita & Lelaki yang pentingkan kesihatan
Anda juga boleh mencuba SET KEHAMILAN SHAKLEE kerana ia membantu anda mendapatkan nutrien yang cukup untuk ibu dan juga bayi sepanjang proses kehamilan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
***************************************************************************************************************
Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;
❀ Jadual Pengambilan Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee
No comments:
Post a Comment