EZA COOKING | RESEPI RINGKAS DAN SEDAP DARI DAPUR

Setiap orang mempunyai "killer resepi" sendiri. Mesti ada air tangan korang yang menjadi favorites asben, anak-anak mahu pon adik beradik korang. 

Saya jenis simple je, tak reti la nak masak yang susah-suasah tu (kene belajar lagi). Setakat yang simple-simple tu boleh laa. Selalunya saya masak ape yang saya suke makan.. Hahahaa.. Macam kejam je kan.. Sian la orang lain kene makan jugak dengan apa yang saya suka makan.

JERUK PELAM


BAHAN-BAHAN
~ Pelam
~ Garam
~ Gula
~ Asam Kulit Limau

CARA BUAT
• Kupas pelam, potong kecil-kecil (tapi jangan potong nipis sebab nanti lembik), masukkan dalam bekas, letak sikit garam, lebihkan gula, lepas tu letak la asam kulit limau. Biarkan 2/3jam dalam peti ais. Lepas tu dah boleh makan, lagi lama simpan lagi sedap, tapi jangan simpan sampai sebulan plak ye. Hahahaa


BIHUN SINGAPORE


BAHAN-BAHAN
~ Bihun
~ Daging ayam potong kecil
~ Bawang + Cili + Ikan Bilis (Tumbuk)
~ Kiub knor (ayam)
~ Sayur (Lobak / Kobis / Sawi) ikut sayur kegemaran korang
~ Fish Ball, Fish Cake

CARA MASAK
• Tumis Bawang, Cili, Ikan Bilis (yang korang dah tumbuk lumat) lepas tu masukkan ayam yg korang da potong kecik-kecik tu, da agak-agak masak tu, masukkan air, pastu masukkan serbuk knowr (kalau korang pakai kiub korang kene hancurkan dulu), masukkan fishball & fishcake, pastu masukkan garam secukup rasa. Biarkan sekejap, pastu masukkan bihun and gaul sebati sampai kering. Lepas tu masukkan sayur dan terus gaul gaul gaul. Pastu siap untuk dihidang.

TOM YAM


BAHAN-BAHAN
~ Ayam
~ Bawang besar
~ Sayur (Lobak, Jagung, Kobis Bunga)
~ Fishball, Fishcake
~ Kiub knor (tomyam)
~ Cili api
~ Serai (ketuk)
~ Daun limau purut

CARA MASAK
• Panaskan minyak, masukkan ayam biarkan sekejap lepas tu masukkan air kemudian masukkan kiub tomyam. Biarkan sekejap lepas tu masukkan serai, bawang, cili dan sayur-sayuran. Bila dah menggelegak masukkan fishball, fishcake, daun limau purut. Pas tu tutup api n biarkan sekejap.
• Boleh dihidang dengan bihun ataupun mee, ikut yang korang suka.


Cukup la ye... Kalau korang nak resepi lain yang mudah dan ringkas korang komen kat bawah ye, nanti saya share. Tapi yang senang-senang je taw, kalu nak resepi buat rendang saya memang tak taw. Hahahaaa

Untuk resepi ringkas lain korang bole follow ig saya --> EZAFAHIZA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...