Showing posts with label PROMO ESP SHAKLEE. Show all posts
Showing posts with label PROMO ESP SHAKLEE. Show all posts

SHAKLEE | PROMO ESP LAGI!!?

ESP PROMO SETAHUN DUA KALI!! OHSEMM


Oktober datang lagiiiii... Oktober bulan cinta saya, bulan kasih sayang, yang sweet-sweet sume datang time bulan oktober grrr... Bulan ni saya ada impian besar... Harap dipermudahkan lah. 


Cerita pasal oktober.. Macam biasala para SID tiap-tiap 1 hari bulan kat group whatsapp masing-masing akan jadi tok nujum, bulan ni promo apa?? Masing-masing godex hp dan lappy memasing login  SHAKLEE 2u nak jadi yang terawal taw & menyampaikan kesaentero malaysia bulan ni promo apa. Teruja, korang nak rasa apa kami para SID rasa tiap awal bulan? Meh SERTAI KAMI  

Bulan ni SHAKLEE bagi kami seprais sangat.. Mana tak nya bulan Mac hari tu baru je PROMO ESP, tup tup sekali lagi di bulan Oktober PROMO ESP KEMBALI!! Memang haru la kami para SID ni... Kalo tgh berkumpul reramai mau nya buat lompat bintang berjemaah. Bulan Oktober masih ada DOUBLE PROMO lagi kali ni MEAL SHAKES bergandingan dengan ESP, sweet sangat kan.. Memang gandingan mantop untuk ibu dan anak serta seisi keluarga.




✿ ESP ✿
➜ BUY 6 FREE 1
➜ FREE MEMBERSHIP
➜ CASH BACK

✿ MEAL SHAKES ✿
➜ BUY 3 FREE 1

Nak tahu lebih lanjut tentang ESP SHAKLEE  KLIK SINI. Cerita tentang MEAL SHAKES KLIK SINI . Korang wajib rebut ESP Dan MEAL SHAKES berbaloi-baloi sangat bila beli dengan harga promo. Tapi kalau nak super jimat, jom jadi member untuk penjimatan berganda.


Berminat? Perlukan konsultasi mengenai suplemen yang sesuai untuk anda, hubungi saya melalui WhatsApp +60166664584 - eza

Untuk pembelian secara online klik sini



Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan

❀ Peluang menjana income dengan Shaklee





BUAT BLOG | BELAJAR BUAT SENDIRI ATAU UPAH??

Hai sumeee... Mood kelaut setelah balik bercuti.. Badan letih, kepala sakit.. Halahaiii... Tak taw la nape, tapiii cabaran dbloggers tetap kene sahut jugak. Task hari ni BUAT BLOG UPAH ATAU BUAT SENDIRI?? Kalau nak ikut senang mestilah upah orang buatkan habis cerita, dah tentu cun.. Sebab yang diupah tu dah tentunya terree ye dak.


Blog saya EZAFAHIZABUDDIES saya buat sendiri hasil tunjuk ajar ms.youtube dan mami shaklee saya Pn. Siti Jamilah Mat Yusof. Biase kalau kami ada sebarang kemusykilan, memang akan dibincangkan di group dbloggers. Sume saling tolong-menolong, best sangat sebab kami memasing belajar perkara baru. So, ilmu tue sentiasa datang, memasing tak lokek share apa yang memasing taw.

1st time nak buat entry, tekebil-kebil sangat, tak taw nak tulis ape hahahaa... Lame-lame setelah dipolish haaa, baru la ternampak bakat menulis tue.. Antara menulis dan membaca saya lebih suka membaca... Baca sana, baca sini.. Ingatkan takda bakat menulis, rupanya adala sikit-sikit, tp takla sehebat KEKNIS. Saya suka baca blog dia and suka sangat dengan dia. 

Sekarangkan zaman dunia tanpa sempadan, so medium blog sangat-sangat membantu korang untuk sharing sesuatu perkara yang bermanfaat, berkongsi tips serta kebaikan tentang sesuatu yang baik. Saya menggunakan medium blog ni untuk sharing tentang banyak perkara, tentang produk, resepi, tips yang rasanya berguna pada ramai orang. ada banyak medium untuk start memblog, korang bole pilih nak guna BLOGSPOT, WORDPRESS, TUMBLER, LIMKEDLN tapi yang pemes Blogspot & Wordpress.




Korang yang suke berceloteh dan menulis tue, boleh la gune kan medium blog untuk sharing apa yang korang taw, untung-untung dapat pahala bila share sesuatu yang bermanfaat pada orang lain. Nak belajar buat blog sendiri atau upah?? Tepuk dada tanya selera. Selamat berblog!!


JOM CUTI-CUTI MALAYSIA

Assalamualaikum & salam sejahtera kengkorang...

Selamat bekerja... Hujung minggu buat apa??? Saya, weekend tadi baru pegi Gold Coast Morib, jadi la nak g Gold Coast Australia jauh benooo.. Hahahaa. Kali ni pegi ngan abg, mak, adik-adik n anak buah (yang akan mengekor aciknya sentiasa) 

Petang jumaat lepas kerja da gerak ke puchong sebab kate awal-awal pagi gerak... Aleh-aleh dalam pukul 11 jugak la baru gerak dari kajang (rumah abg). Masa pergi tu rasa jauhnya la.. Bila nak sampai neii, almaklumla mane penah sampai ke morib, siap ade jumpa RNR lagi kat jalan kampung menghala ke morib tue, ngekek-ngekek kami gelak. Nampak tak jauh perjalanan kami?? Tapi memang rasa jauh pon, maybe sebab tak penah pegi ke morib tu.. Hahaha

Jom layan gambar-gambar terpilih...



WATER THEME PARK

TIKET DEWASA RM35
TIKET KANAK-KANAK RM20

BILIK KAMI.. MASUK SAMPAI  6 ORANG DEWASA.. hahahaa

BERENDAM KAT TAB DULU

BREAKFAST FREE, MAKAN SELAGI BOLEH TAPI JANGAN MEMBAZIR YE!

JOM BERKUBANG



ANTARA PERMAINAN YANG ADA

AINA SYAZANA.. TERBAIKLAAAA

JALAN-JALAN PANTAI, TAPI AIR SURUT, PASIRNYA HALUS MACAM KAT LANGKAWI

Korang yang nak pegi cuti-cuti Malaysia tu boleh la servey-servay tempat menarik dari awal, boleh tengok dekat TOURISM MALAYSIA punya website banyak sangat tempat menarik. Tak sabar nak tunggu tahun depan untuk next  FAMILY TRIP SELAMAT BERCUTI!!


MINUMAN WAJIB SAYA KALAU PERGI HOLIDAY

Kalau korang suke travel sana sini, takut tetiba demam, keletihan meh try CINCH ENERGY TEA MIX best sangat, boleh diminum panas atau sejuk tp saya lebih suka minum panas.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang PRODUK SHAKLEE boleh ke BLOG SAYAatau whatsapp di nombor +60166664584 (eza)







GET CLEAN LAUNDRY | SABUN CUCI BAJU SHAKLEE

Hai kengkoranggg... Mesti korang kenal  Shaklee dari produk makanan tambahan dan ramai di antara kita yang tidak mengetahui sebenarnya Shaklee pon ada produk cucian baju,pinggan dan juga pelembut kain. Hari ini saya nak berkongsi tentang pelembut kain Shaklee. 





Get Clean - Fresh Laundry Concentrate 



Antara faedah menggunakan Fresh Laundry ini:

  * Pekat -5.5lb (Sekotak membasuh 88 basuhan)
* Prestasi tinggi - pembersih enzim diaktifkan mengekalkan basuhan yang putih dan berwarna cerah.
* Selamat pada semua jenis kain - berkesan dalam air keras/lembut.
  * Dirumus untuk membantu mencegah warna pada pakaian berwarna luntur dan berpindah dari satu pakaian kepada lain.

TAHUKAH ANDA?

Banyak serbuk dobi mungkin mengandungi perengsa yang boleh diserap melalui kulit atau sedutan iaitu penyebab biasa alahan. Triethanolamine dodecylbenzenesulfonate adalah seperti merengsa dan senaraikan bahan berbahaya oleh EPA dan DOT. Sentuhan boleh merengsa dan membakar kulit dan mata, bauan boleh merengsa hidung, tekak dan paru-paru yang boleh menyebabkan batuk. lelah dan/ atau sesak nafas.Kerengsaan pada kulit berulang kali boleh menyebabkan kekeringan, kegatalan, kerengsaan kronik dan ruam.

Get Clean adalah SELAMAT untuk anda, rumah anda dan planet anda. BERKUASA, HIJAU dan BIJAK

p/s: Ia sangat jimat. Tidak percaya? Hanya 1 sudu boleh mencuci bersih 1 basuhan dengan berat 13kg. Boleh digunakan sehingga 4/5 bulan (bergantung pada jumlah cucian korang)


Soft Fabric Concentrate



Pekatan Pelembut Kain Shaklee (Soft Fabric Concentrated) yang berbau harum ini jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.
  • Berkepekatan tinggi iaitu 32 auns berupaya melembutkan 64 cucian
  • Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal
  • pelekat static dengan semulajadi
  • Mudah dibawa, dituang dan disimpan
Perbezaan Shaklee
Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa gas beracun
  • pH yang seimbang
Berkesan
  • Berpekatan tinggi – bagi 64 cucian
  • Hanya ½ aun diperlukan untuk setiap cucian
  • Kurangkan kedutan dan kesan statik
   
Mesra Alam
  • Ramuan Semulajadi
  • Tanpa Fosfat
  • Tanpa bahan perwarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentangan
Petua berguna
Gunakan Pekatan Pelembut Kain Shaklee untuk cucian dengan mesin basuh. Ia boleh menjadikan pakaian lebih lembut berbanding sebelumnya dan mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan.



Berminat untuk mengetahui produk Shaklee dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui w.apps di talian ✆+60166664584 (eza)


Untuk pembelian secara online klik sini




Dengan setiap pembelian vitamin shaklee dari saya, anda layak mendapat :-

❀ Jadual Pengambilan  Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Jemputan ke group Facebook Exclusive
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee. Jom tanya saya ^_^


NAK PHOTOSHOOT CANTIK DAN MURAH???

Photoshoot??? Saya memang suke ditangkap gambo neiii.. Pehi memane je mesti nak tangkap gambo, lappy penuh dengan gambar sesaje, nasib baik zaman sekarang nei tak payah guna filem, kalau tak memang tak cukup tempatla nak simpan album.. Hahahaaa. Bayangkan lah dekat handfone saya ada lebih kurang 7k gambar... Tak lalu nak padam, hihihii... Sebab sebelum nak padam kene tengok dulu, pilih satu-satu mane yang nak di padam, so memang la kene spend time la... Tue sebab la tertangguh-tangguh.

NI ABANG NYA DIA SUKE BAKAR LINE BELI GADJET YANG BEST-BEST

NIE ADIAH DARI EN.ASBEN... TENGAH BODEK NAK UPGRADE BARU.. hahahaaa

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG

Kebiasaannya saya shoot sendiri je.. Soh la abg / adik.. Sebab kami suka pegi bejalan sesame.. Lagi pon memasing ade DSLR, so nak buat apa beli kamera memahal simpan je kat umah kannn?? Tapi setakat nak shoot gambo sendiri-sendiri boleh la... Tak pro lagi. Tapi sekarang ni malas nak hangkut kamera bebesar, so shoot pakai handfon je. Lelagi sekarangkan kamera handfon dah cecanggih.

Masa wedding hari tu, saya berkolebrasi dengan CREEP STUDIOS dorang shoot gambar dan video sekali. Tapi kalau korang nak shoot gambar / video sahaja pon boleh. Korang deal sendiri hokey.

ANTARA KENALAN SAYA YANG BUAT JOB SHOOT MENGESHOOT NEI



Gambar dorang memang cecantik, masa wedding hari tu peningla kepala nak pilih sape tuk jadi photografer.. hehehee.


Kepada bakal-bakal pengantin yang inginkan kulit wajah putih, bebas jerawat, jeragat secara semulajadi, tanpa produk pengelupasan! meh saya suggest SET KECANTIKAN pasti mak andam pun senang nak mekap wajah korang, tak perlu foundation tetebal.

Korang yang ingin membuat side income, mahu bekerja dari rumah?? KLIK SINI

HOMESTAY MURAH DAN SELESA DI SEKINCHAN SELANGOR

SELAMAT DATANG KE KAMPUNG HALAMAN SAYA


Haiiii... Korang-korang hari ni cerita pasal holiday!! Yuhuuu... Dengar pasal holiday mesti eksited kann... Menghitung hari je nak pegi holiday. Saya suka pergi holiday reramai haaa... Rombongan Cik Yah kite Family Day laaa. Tiap-tiap tahun mesti plan mane nak pegi, pastu undi la tempat mana yang paling ramai setuju, maka kesitu lah kami sekeluarga. Saya jenis suka holiday reramai baru la 'havoc'.

FIRST TIME BUAT FAMILY TRIP BERJEMAAH
LOKASI : CAMERON HIGHLAND

NI HOLIDAY SAMBIL BUAT SUKANEKA, BBQ SUME, SAMPAI RENTUNG LA MEMASING
LOKASI : PORT DIKSON

YANG NI PALING JAUH, PEGI NAIK BELOM BALIK NAIK BAS SANI EXPRESS bestttt!!
LOKASI : PULAU LANGKAWI

YANG NI FAMILY TRIP 2013
LOKASI : PULAU PANGKOR


Bila nak pegi holiday mesti la plan baik punya, lelagi dengan keluarga besar saya ni. Hadek beradik je da 11 orang, kalau ikut nya 4 family plus yang bujang-bujang lagi... Mau nya tak havoc kan. So planning mesti kene baik punya. Bab booking tempat penginapan biasanya akan diserahkan kepada abg saya, dia ni memang kaki travel. Korang kalau nak suruh dia jadi pemandu pelancong korang pon boleh... Tentang bayaran deal sendiri la ye, boleh pm dia kat facebook EZUAN DAKOTA

HOTEL VS HOMESTAY

Korang boleh pilih ikut bajet korang, kalau holiday berjemaah rasanya homestay lebih sesuai kot and lebih seronok. 

Kalau saya, bila dah plan nak pergi Family Trip, first mesti mintak nak tempat penginapan yang ade 'pool' hehehehehe.. Kami nie memang jenis suke berendam, pantang jumpe 'pool' maklumla kat rumah takde pool. Huhuhuu. Lagi pun rasanya sekarang banyak homestay yang ada kolam renang jugak. Yang ke-2 mintak penginapan yang boleh sumbat reramai, kite berholiday untuk merapatkan hubungan keluarga kan, kalo dah sorang dapat bilik yingkat 2 sorang tingkat 5 acaner tue?? X best laaa. Ape pon mesti nak kene same-same. Ape pon terpulang pada korang, ikut keselesaan memasing.


Ini diantaranya, banyak lagi homestay-homestay baru yang ada kat sekinchan ni (nanti saya update kemuadian ye) korang pilih nak duduk yang dekat sawah ke pantai. Selamat Bercuti!!






TIPS UNTUK MERANCANG JANTINA BAYI LELAKI ATAU PEREMPUAN

TIPS UNTUK MERANCANG JANTINA BAYI LELAKI ATAU PEREMPUAN

Halu haluu korang... Kemain task dbloggerbest ari neii... Tips untuk mendapatkan anak boboboi atau gegirl, tapi kita usaha saja Allah yang menentukan. Bila dah berusaha, doa dan tawakkal.. Kalo korang nak anak boboboi tapi dapat anak gegirl janganlah putus asa, cuba lagi dan terus mencuba.. Biar ramai umat Muhammad.. Huhuuu, saya pon sedang berusaha neii.. Kekadang terfikir 'susah jugak nak buat anak nei' hahahahaa... Sengal jekk, belom rezeki namanya. Okey, berbalik kepada tips untuk dapat anak lelaki atau perempuan, jom kita belajar sesama apa yang patut, apa yang kita kene buat.. Hehehe... Saya pon budak baru belajar, belom khatam lagi.

Jantina anak yang akan lahir bergantung kepada kriteria kromosom. Suami akan membawa kromosom X dan Y kepada kromosom isteri (X). Jika percantuman berlaku dan membentuk kromosom XY, maka bayi dalam kandungan adalah anak lelaki, dan jika kromosom itu membentuk XX, maka anak itu adalah anak perempuan.

TIPS MERANCANG ANAK LELAKI

NUR IMAN DANISH BIN AHMAD SALEHUDDIN


Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.



TIPS MERANCANG ANAK PEREMPUAN



NUR ZARA DAMIA BINTI NOR MOHD AZHAR


Teknik yang boleh  dilakukan untuk mendapat anak perempuan?

Mengetahui waktu subur isteri

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih dari kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Waktu subur adalah 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari (kitaran haid adalah tetap pada setiap bulan), waktu ovulasi adalah pada hari ke 14 (28-14). Bagi wanita yang kitaran haidnya adalah 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke 21 (35-14).
Sperma X dikatakan mempunyai kelajuan pergerakan yang perlahan berbanding sperma Y, tetapi kitaran jangka hayatnya lebih panjang berbanding sperma Y iaitu lebih daripada 24 jam. Untuk mendapat anak perempuan, digalakkan untuk mengadakan hubungan seks 2 hari ataupun 24 jam sebelum ovulasi . Dengan cara ini, hanya sperma X yang akan aktif semasa ovulasi dan mempunyai peluang yang tinggi untuk bercantum dengan ovum.

Teknik Hubungan intim

Antara terknik yang boleh di gunakan untuk mendapat anak perempuan semasa hubungan intim  adalah, apabila suami hampir tiba waktu klimaks, di sarankan agar megeluarkan air mani itu jauh sedikit daripada servik isteri. Pada waktu pancutan air mani berlaku, 400 juta sperma akan terhasil namun hanya sedikit yang akan berjaya berenang dalam faraj isteri dan ke arah kaviti rahim.
Kaedah Ini bertujuan memanjangkan jarak sperma untuk berenang ke arah tiub fallopio di mana persenyawaan akan berlaku. Apabila jarak semakin jauh, jangka hayat sperma Y menyebakan ia tidak dapat bertahan lama, memberikan peluang kepada sperma X untuk bercantum dengan ovum dan menambah kebarangkalian untuk mendapat anak perempuan.

Waktu hubungan intim

Untuk mendapat anak perempuan, anda di galakkan untuk mengadakan hubungan intim selang 2,3 hari dalam seminggu sebelum tarikh ovulasi. Ini untuk merendahkan peratusan sperma Y (yang mempunyai jangka hayat rendah). Oleh itu, sewaktu hubungan intim yang telah dirancang akan dilakukan 2 hari atau 24 jam sebelum ovulasi berlaku, kandungan sprma X akan lebih banyak berbanding kandungan sperma Y.

Pemakanan

Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka dan lain lain. Anda juga tidak digalakkan untuk memakan makanan laut jika ingin mendapat anak perempuan. Walaupun kaedah ini tidak semua boleh lakukannya kerana tidak semua orang suka makan makanan yang berasid (masam), namun ada kajian yang menyatakan bahawa sperma Y tidak dapat hidup lama dalam keadaan yang berasid berbanding sperma X.

Jadi persekitaran yang berasid dalam badan mampu menambah kebarangkalian untuk sperma X bercantum dengan ovum semasa persenyawaan. Namun harus ingat, makan makan yang berasid secara berlebihan akan memberi kesan yang buruk. Jadi makanlah secara berpada dan dapatkan nasihat doktor yang lebih pakar dalam bidang permakanan.

Walaubagaimanapun cara dan teknik yang boleh digunakan untuk mendapat anak lelaki mahupun perempuan, namun kita hendaklah sedar, bahawa yang menetukan samaada anda mendapat anak lelaki ataupun anak perempuan adalah di sebabkan kuasa ALLAH. Jadi walaupun kita boleh mengguna pakai tips yang diberikan, kita haruslah sujud dan bermohon kepada pencipta sekalian makhluk, yang menjadikan manusia dari setitis air mani, ALLAH S.W.T.  Hanya dia yang berkuasa menjadikan sesuatu.

Nak cuba SET KESUBURAN ?? Inginkan konsultasi terbaik? Hubungi saya di applikasi WhatsApp +60166664584 - eza

Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil suplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.



***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan



10 AMALAN UNTUK KURUS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...