Home

TIPS UNTUK MERANCANG JANTINA BAYI LELAKI ATAU PEREMPUAN

TIPS UNTUK MERANCANG JANTINA BAYI LELAKI ATAU PEREMPUAN

Halu haluu korang... Kemain task dbloggerbest ari neii... Tips untuk mendapatkan anak boboboi atau gegirl, tapi kita usaha saja Allah yang menentukan. Bila dah berusaha, doa dan tawakkal.. Kalo korang nak anak boboboi tapi dapat anak gegirl janganlah putus asa, cuba lagi dan terus mencuba.. Biar ramai umat Muhammad.. Huhuuu, saya pon sedang berusaha neii.. Kekadang terfikir 'susah jugak nak buat anak nei' hahahahaa... Sengal jekk, belom rezeki namanya. Okey, berbalik kepada tips untuk dapat anak lelaki atau perempuan, jom kita belajar sesama apa yang patut, apa yang kita kene buat.. Hehehe... Saya pon budak baru belajar, belom khatam lagi.

Jantina anak yang akan lahir bergantung kepada kriteria kromosom. Suami akan membawa kromosom X dan Y kepada kromosom isteri (X). Jika percantuman berlaku dan membentuk kromosom XY, maka bayi dalam kandungan adalah anak lelaki, dan jika kromosom itu membentuk XX, maka anak itu adalah anak perempuan.

TIPS MERANCANG ANAK LELAKI

NUR IMAN DANISH BIN AHMAD SALEHUDDIN


Untuk mencuba anak lelaki, ikuti garis panduan berikut:

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting. Untuk mengetahui tentang kaedah-kaedah mengesan waktu penetasan telor, sila rujuk laman ‘Kesuburan dan Kemandulan’.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.



TIPS MERANCANG ANAK PEREMPUAN



NUR ZARA DAMIA BINTI NOR MOHD AZHAR


Teknik yang boleh  dilakukan untuk mendapat anak perempuan?

Mengetahui waktu subur isteri

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih dari kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Waktu subur adalah 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari (kitaran haid adalah tetap pada setiap bulan), waktu ovulasi adalah pada hari ke 14 (28-14). Bagi wanita yang kitaran haidnya adalah 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke 21 (35-14).
Sperma X dikatakan mempunyai kelajuan pergerakan yang perlahan berbanding sperma Y, tetapi kitaran jangka hayatnya lebih panjang berbanding sperma Y iaitu lebih daripada 24 jam. Untuk mendapat anak perempuan, digalakkan untuk mengadakan hubungan seks 2 hari ataupun 24 jam sebelum ovulasi . Dengan cara ini, hanya sperma X yang akan aktif semasa ovulasi dan mempunyai peluang yang tinggi untuk bercantum dengan ovum.

Teknik Hubungan intim

Antara terknik yang boleh di gunakan untuk mendapat anak perempuan semasa hubungan intim  adalah, apabila suami hampir tiba waktu klimaks, di sarankan agar megeluarkan air mani itu jauh sedikit daripada servik isteri. Pada waktu pancutan air mani berlaku, 400 juta sperma akan terhasil namun hanya sedikit yang akan berjaya berenang dalam faraj isteri dan ke arah kaviti rahim.
Kaedah Ini bertujuan memanjangkan jarak sperma untuk berenang ke arah tiub fallopio di mana persenyawaan akan berlaku. Apabila jarak semakin jauh, jangka hayat sperma Y menyebakan ia tidak dapat bertahan lama, memberikan peluang kepada sperma X untuk bercantum dengan ovum dan menambah kebarangkalian untuk mendapat anak perempuan.

Waktu hubungan intim

Untuk mendapat anak perempuan, anda di galakkan untuk mengadakan hubungan intim selang 2,3 hari dalam seminggu sebelum tarikh ovulasi. Ini untuk merendahkan peratusan sperma Y (yang mempunyai jangka hayat rendah). Oleh itu, sewaktu hubungan intim yang telah dirancang akan dilakukan 2 hari atau 24 jam sebelum ovulasi berlaku, kandungan sprma X akan lebih banyak berbanding kandungan sperma Y.

Pemakanan

Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka dan lain lain. Anda juga tidak digalakkan untuk memakan makanan laut jika ingin mendapat anak perempuan. Walaupun kaedah ini tidak semua boleh lakukannya kerana tidak semua orang suka makan makanan yang berasid (masam), namun ada kajian yang menyatakan bahawa sperma Y tidak dapat hidup lama dalam keadaan yang berasid berbanding sperma X.

Jadi persekitaran yang berasid dalam badan mampu menambah kebarangkalian untuk sperma X bercantum dengan ovum semasa persenyawaan. Namun harus ingat, makan makan yang berasid secara berlebihan akan memberi kesan yang buruk. Jadi makanlah secara berpada dan dapatkan nasihat doktor yang lebih pakar dalam bidang permakanan.

Walaubagaimanapun cara dan teknik yang boleh digunakan untuk mendapat anak lelaki mahupun perempuan, namun kita hendaklah sedar, bahawa yang menetukan samaada anda mendapat anak lelaki ataupun anak perempuan adalah di sebabkan kuasa ALLAH. Jadi walaupun kita boleh mengguna pakai tips yang diberikan, kita haruslah sujud dan bermohon kepada pencipta sekalian makhluk, yang menjadikan manusia dari setitis air mani, ALLAH S.W.T.  Hanya dia yang berkuasa menjadikan sesuatu.

Nak cuba SET KESUBURAN ?? Inginkan konsultasi terbaik? Hubungi saya di applikasi WhatsApp +60166664584 - eza

Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil suplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.



***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan



10 AMALAN UNTUK KURUS

No comments:

Post a Comment