BREAST CANCER | PEMBUNUH UTAMA WANITA

Penyakit barah payudara merupakan barah tisu payudara / buah dada. Di seluruh dunia, ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, ia menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita. 

Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia. 



Penyebab sebenar kanser payudara tidak di ketahui. Faktor-faktor berikut mungkin menambahkan risiko wanita menghidap kanser payudara:
•        Usia meningkat
•        Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara
•        Telah mendapat kanser pada satu payudara.
•        Mula datang haid awal (sebelum umur 12 tahun) atau putus haid lewat (selepas umur 50 tahun)
•        Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada umur melebihi 30 tahun.
•        Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan.

Bagaimana pula dengan petanda-petanda nya?
  1. Puting berdarah
Penghasilan cecair daripada puting adalah normal dan biasanya ia berlaku akibat masalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh jadi membimbangkan sekiranya puting berdarah.
  1. Ruam di bahagian puting.
Ruam di bahagian ini dan persekitaran kulitnya juga boleh menjadi simptom serangan kanser payudara. Ruam di puting atau kawasan persekitaran puting boleh terjadi akibat daripada ekzema.
  1. Putting tertarik ke dalam
Puting tertarik ke dalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada sesetengah wanita. Walau bagaimanapun sekiranya keadaan ini baru berlaku dan terjadi tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor.

Kanser payudara dibahagikan kepada empat tahap yakni:
  1. Tahap  1
    Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.
  2. Tahap 2
    Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat antara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.
  3. Tahap 3
    Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).
  4. Tahap 4
    Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.



RAWATAN

Rawatan utama barah payudara merupakan pembedahan, dengan kemungkinan diikuti oleh kimoterapi dan/atau radioterapi.
Bergantung kepada tahap dan jenis tumour, hanya lumpektomi (hanya pembuangan ketulan) sahaja diperlukan atau pembuangan tisu payudara yang lebih besar mungkin diperlukan. Pembedahan membuang keseluruhan payudara dikenali sebagai mastektomi.
Langkah biasa memerlukan pakar bedah memastikan bahawa tisu yang dibuang dalam operasi mempunyai lebih bebas dari barah, menunjukkan barah telah dibuang sepenuhnya. Jika tisu yang dibuang tidak sepenuhnya, pembedahan lanjut bagi membuang lebih banyak tisu diperlukan. Kadang-kala ini memerlukan penyingkiran sebahagian daripada otot utama pektoralis (pectoralis major muscle) yang merupakan otot utama dinding dada anterior (anterior chest wall).
Semasa pembedahan, nodus limfa pada axilla juga dipertimbangkan untuk dibuang. Pada masa lalu, operasi axillary besar membuang 10-40 nodus limfa untuk memastikan samaada (mengelak daripada) barah merebak - malangnya ini memberikan kesan sampingan iaitu menyebabkan lymphedema pada tangan sebelah yang sama pada pemindahan ini kerana banyak nodus limfa bersambungan dengan saliran sistem limfa telah dibuang. Lebih baru-baru ini teknik pengawal diseksi nodus limfa telah menjadi popular kerana rawatan ini hanya memerlukan pemindahan nodus limfa yang jauh lebih sedikit, (risiko) kesan sampingan lebih sedikit yang bakal dihadapi.

PEMERIKSAAN PAYUDARA DIRI
Pemeriksaan payudara diri bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor.
Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.
“Ujian pemeriksaan barah dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi penyakit barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.
Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.
Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian barah payudara, ultra sound dan ujian lumuran Pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

CARA PEMERIKSAAN SENDIRI

    Berdiri dihadapan cermin

    • Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
    • Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
    • Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.


    Berbaring

    •  Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
    PENTING

    Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat;
    • Sebarang gumpalan.
    • Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.
    • Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
    • Puting tersorot ke dalam.
    • Terasa sakit pada payudara.

    Adakah Semua Benjolan Dalam Payudara Menandakan Kanser?

    9 daripada 10 benjolan yang terdapat di dalam payudara bukanlah kanser. Walau bagaimanapun, anda perlu berwaspada terhadap semua benjolan dalam payudara, dan perlu berjumpa dengan doktor anda dengan segera.

    UNTUK MENCEGAH KANSER PAYUDARA

    - Cegah Kanser Payudara dengan melakukan PSP setiap bulan. Jadikan PSP sebahagian dari cara hidup anda.

    - Jika anda merasa sebarang benjolan atau perubahan luar biasa di payudara anda, sila jumpa Doktor anda segera.

    - INGAT! Kanser payudara boleh disembuhkan jika dikesan awal dan dirawat secepat mungkin.

    Anda juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen VIVIX dimana ia dapat membantu mencegah kanser


    Apa pulak Resveratrol ni??

    Resveratrol ni adalah satu sebatian semulajadi yang ada dalam sesetengah tumbuhan , buah-buahan , biji , anggur, anggur dan produk yang diperolehi seperti wain merah. Resveratrol mempunyai polifenolik dan aktiviti antioksidan yang mana telah didapati berpotensi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan dalam kajian makmal dari seluruh dunia.



    Di samping itu, ada penyelidikan makmal telah mendapati bahawa resveratrol melawan penuaan selular. Kajian ini juga mendapati bahawa resveratrol mengaktifkan pengawal selia genetik laluan panjang umur selular, yang mungkin mempunyai kesan positif ke atas DNA, kesihatan selular, dan metabolisme.

    Tapi yang PALING ISTIMEWANYA vivix ni, ianya bukan setakat kaya dengan resveratrol tapi 10x lebih berkuasa daripada resveratrol. Sebab itulah ramai pengguna memberi feedback yang positif apabila mengambil VIVIX sebagai makanan tambahan. 



    Bukti-butki kajian banyak menyokong bahawa kandungan resveratrol dalam VIVIX memberi kesan yang lebih baik dalam mencegah dan menghalang sel kanser dari terus merebak. Setiap penyakit ada penawarnya dan penawar terbaik untuk kanser adalah VIVIX. Kos sebotol VIVIX adalah jauh lebih murah dari rawatan kanser. Dianggarkan kos rawatan hospital untuk kanser adalah dalam lingkungan RM5-150K. Sanggupkah untuk membayar harga tersebut waktu itu? Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.


    ***************************************************************************************************************



    SAYA PENGEDAR SAH SHAKLEE nak beli produk shaklee dengan harga istimewa??? nak buat duit dengan shaklee pon boleh hubungi saya, jangan memalu, nanti rezeki pon malu nak datang kat kita ^_^v



    No comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...