Home

10 AMALAN UNTUK KURUS

10 AMALAN UNTUK KURUS

Ramai wanita mengeluh kerana masalah berat badan. Keinginan untuk kurus dan kembali kepada bentuk asal pasti terlintas difikiran. Bagi anda yang tercari-cari tips untuk langsing, jon ikuti 10 amalan untuk kurus yang boleh dilakukan dalam kehidupan harian.

10 AMALAN UNTUK KURUS


1) AIR KOSONG MINUMAN UTAMA

Semasa sarapan, korang boleh meminum jus, kopi ataupun teh kegemaran anda, tetapi selepas itu pastikan anda hanya minum air kosong. Kajian mendapati secara purata kebanyakan individu minum hampir 245 kalori berlebihan sehari daripada air manis.

2) MAKAN 5-6 HIDANGAN KECIK

Kajian mendapati mereka yang membahagikan hidangan makanan mereka akan makan kurang 30 peratus kalori dalam hidangan berikutnya. Sebagai contoh, jika anda membahagikan sarapan kepada dua hidangan midalnya, satu sebelum ke tempat kerja dan satu lagi ketika rehat pagi, maka anda tidak akan makan banyak ketika waktu makan tengahari. Badan anda akan kurang mengeluarkan insulin yang mengawal kandungan hula dalm darah dan perasaan lapar.

3) BERJALAN 45 MINIT SEHARI

Ambil kesempatan untuk menambah masa jalan kaki dalam perkara-perkara kecil seperti mengikut jalan jauh ke tempat kerja, menggunakan tangga atau parking kereta anda jauh sedikit. Jika dilakukan setiap hari, anda boleh mengurangkan sehingga 13kg berat badan dalam setahun tanpa anda sedari.

4) WARNA BIRU DALAM HIDUP ANDA

Kajian mendapati warna biru menghalang selera. Apa kata anda sediakan makan malam dalam pinggan biru, pakai baju biru ketika makan dan gunakan alas meja berwarna biru. Elakkan warna merah, kuning dan oren di ruang makan kerana warna tersebut didapati membuka selera.

5) GUNAKAN PINGGAN YANG KECIK

Lebih banyak makanan yang terhidanv di hadapan anda maka banyak yang anda makan tanpa mengira tahap kelaparan sebenar anda. Untuk itu, gunakan pinggan yang lebih kecik.

6) BIJIRIN UNTUK SARAPAN

Mereka yang memakan bijirin sarapan sekurang-kurangnya lima kali dalam masa seminggu menghadapi kurang risiko obesiti dan diabetis. Bijirin mengandungi serat, kalsium dan paling penting kurang lemak.

7) MAKAN APABILA LAPAR

Kebanyakan orang makan hanya kerana bosan. Jauhkan keinginan anda untuk mengunyah. Pastikan anda hanya makan apabila perut anda sudah mula berbunyi.

8) MAKAN DENGAN TENANG

Secara saintifiknya otak manusia ketinggalan hampir 20 minit berbanding perut untuk memberi isyarat kenyang. Oleh itu, ambil masa untuk menikmati makanan dan otak anda akan dapat memberi isyarat kepada anda untuk berhenyi tepat waktunya.

9) MAKAN BUAH

Jika anda mempunyai pilihan sama aaa untuk makan buah-buahan atau minum jus buah-buahan, pilih untuk makan. Buah-buahan uyang dimakan memberi lebih kepuasan dan mengenyangkan berbanding sekotak air jus buah, bermakna anda akan kurang makan makanan lain sepanjang hari.

10) SEDEKAH PAKAIAN BESAR ANDA

Jika anda berjaya mencapai berat badan yang dihajati, berikan pakaian lama kepada yang lebih memerlukan. Secara psikologinya idea bahawa anda terpaksa membeli baju baru jika berat badan anda bertambah, paati menjadi motivasi mengekalkan berat badan anda sekarang.

Selain itu anda juga boleh mencuba suplemen untuk kurus secara sihat dan berkesan


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil seplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.


***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan



10 AMALAN UNTUK KURUS

No comments:

Post a Comment