Showing posts with label VIVIX® TERBUKTI DAPAT MEMBANTU MENCEGAH KANSER. Show all posts
Showing posts with label VIVIX® TERBUKTI DAPAT MEMBANTU MENCEGAH KANSER. Show all posts

MACAM MANA KANSER BOLEH BERLAKU?

MACAM MANA KANSER BOLEH BERLAKU?

Kita memang biasa dengar tentang kanser kan? Tapi macam mana kanser boleh berlaku? kanser adalah salah satu penyebab utama kematian di Malaysia.

MACAM MANA KANSER BOLEH BERLAKU?

Pada tahun 2014, sebanyak 13.02% kematian di hospital-hospital KKM dan sebanyak 25.53% di hospital swasta adalah disebabkan oleh penyakit kanser. Boleh rujuk SINI 

Apa yang membuat kanser ini membunuh adalah kerana biasanya ia susah untuk dikesan jika tidak menjalani pemeriksaan rutin. Tahu-tahu bila dah ada simptom-simptom dan bila dah keluar simptom tu ... maknanya keadaan dah teruk, mungkin dah peringkat ke 3 atau ke 4 yakni final stage!

MACAM MANA KANSER BOLEH BERLAKU?


Ada banyak teori, tapi kali ini kita cakap pasal 3 teori popular ;
  1. Sel kita sepatutnya mati dan berganti baru, tetapi bila sel tak mati-mati sel baru tetap tumbuh. Sel yang tak mati inilah yang menjadi kanser.
  2. Sel badan rosak dan sel-sel baru akan copy sel yang rosak ini. Bila dah banyak sel rosak, makan jadilah kanser
  3. Mengikut sesetengah teori perawatan Islam, kanser disebabkan oleh Jin
Untuk teori (1) dan (2), keadaan sel yang tak berapa betul ini adalah disebabkan oleh banyak perkara. Misalnya radikal bebas. makanan yang mengandungi bahan-bahan kimia, penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia bahaya dan sebangainya

Sebab itu kita digalakkan untuk menggunakan dan mengambil produk-produk organik untuk mengurangkan pendedahakn tubuhkita terhadap bahan-bahan kimia yang berbahaya ini.

Tetapi produk organik mahalkan? Oleh itu jom gandakan income (buat duit dengan Shaklee betul-betul) supaya kita boleh tampung belanja untuk mendapatkan produk-produk organik itu.

Dan kita juga mesti konsisten mengamalkan pengambilan suplemen untuk buang toksin-toksin yang masuk dalam badan kita secara tidak langsung. Nak tak nak hari-hari kita sedut udara yang ada bermaca-macam gas beracun dari asap kenderaan, asap kilang, asap dari pembakaran sampah, asap rokok, jerebu dan sebagainya.

No (3) pulak, Disini pentingnya amalan rohani. Amalan kesihatan yang baik bukan jaga pemakanan sahaja. Tak guna kalau makan kita kemain jaga tetapi aktiviti tak sihat juga, amalan rohani tak buat!

Ada 5 asas untuk penjagaan kesihatan
  1. Makanan seimbang dan sihat
  2. Aktiviti yang sihat
  3. Kegiatan sosial yang sihat
  4. Amalan spiritual yang sihat (amalan rohani)
  5. Pengambilan Suplemen
Suplemen dah wajib ambil sekarang tau... kita makan 'makanan sebenar' tetapi hakikatnya nutrien dalan makanan yang kita ambil tu dah tak cukup disebabkan maca-macam kerja terknologi dalam pemakanan ini. Last-last kita cuma makan untuk kenyang sahaja, bukan untuk dapat nutrisi.

Amalkan 5 perkara diatas, mudah-mudahan kita menjadi lebih sihat fizikal dan emosi serta dijauhkan dari kanser.

Antara suplemen Shaklee yang dapat membantu mencegah kanser


MACAM MANA KANSER BOLEH BERLAKU?

MACAM MANA KANSER BOLEH BERLAKU?


Jom Shaklee... Live Well, Be Well ;)

Info lanjut dan pesanan produk Shaklee whatsapp kakak (klik je link ni) http://ezashaklee.wasap.my

***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan




PENGEDAR SHAKLEE



VIVIX® TERBUKTI DAPAT MEMBANTU MENCEGAH KANSER

VIVIX® TERBUKTI DAPAT MEMBANTU MENCEGAH KANSER

Telomere dan kanser
VIVIX® TERBUKTI DAPAT MEMBANTU MENCEGAH KANSER

Telomere adalah asas penuaan sel badan manusia. Telomere ialah 'penjaga' chromosome yang membantu sel terbahagi tanpa kehilangan genetik. Pembahagian sel perlu untuk pertumbuhan kulit baru, darah, tulang dan sel lain. 

Apabila sel badan mula menjadi sel kanser, sel itu akan terbahagi dengan lebih cepat dan menyebabkan telomere menjadi lebih pendek. Jika telomere menjadi lebih pendek, ianya akan menyebabkan sel mati dan akan merosakkan lagi fungsi tubuh.

Kebanyakan kanser adalah disebabkan pemendekan telomere seperti kanser pankreas, kanser tulang, kanser prostate, kanser paru-paru, buah pinggang dan lain-lain.

VIVIX® terbukti memanjangkan Telomere


Kajian terhadap Telomere iaitu The Shaklee Telomere Research LANDMARK STUDY II telah berkerjasama dengan Dr.Elizabeth Blackburn, pemenang The Nobel Prize in Physiology or Medicine 2009 yang juga salah seorang Shaklee Scientific Advisory Board telah menemui bagaimana kromosom dilindungi oleh telomeres dan enzim telomerase. Kajian ini telah menguji kesan kepanjangan telomeres terhadap kesihatan manusia.


VIVIX® TERBUKTI DAPAT MEMBANTU MENCEGAH KANSER

Landmark Study II yang dijalankan oleh Shaklee membuktikan pengambilan Vivix, Cinch dan Vitalizer secara konsisten setiap hari selama 5 tahun dapat mengurangkan kadar pemendekan TELOMERE sebanyak 40% !

Kajian ini dibuat ke atas pengguna Vivix yang mengambilnya setiap hari selama 5 tahun. Hasil kajian 40% lebih rendah kadar pemendekkan telomeres, kepanjangan telomeres mereka seperti orang yang umur 40 tahun. Ini menunjukkan Vivix membantu untuk mengekalkan kemudaan, keremajaan, dan membantu mengelakkan dari penyakit-penyakit disebabkan oleh usia yang semakin meningkat.

VIVIX® TERBUKTI DAPAT MEMBANTU MENCEGAH KANSER

Vivix berfungsi untuk memastikan telomeres kita sentiasa panjang dan sel/DNA terlindung daripada kerosakan atau serangan radikal bebas. Menurut kajian landmark Shaklee juga, telomeres pengguna Vivix adalah 11% lebih panjang berbanding mereka yang bukan pengguna Shaklee.



Jom Shaklee... Live Well, Be Well ;)

Info lanjut dan pesanan produk Shaklee whatsapp kakak (klik je link ni) http://ezashaklee.wasap.my

***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan




PENGEDAR SHAKLEE

ANAK SAYA SEMBUH KANSER TAHAP 4

ANAK SAYA SEMBUH KANSER TAHAP 4

ANAK SAYA SEMBUH KANSER TAHAP 4

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.

Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.

Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.

Jom kita ikuti perkongsian seorang ibu Pn Saadiah Arbain yang mempunyai anak menghidap kanser dan sekarang alhamdulillah dengan izin Nya, anak beliau telah sembuh dari kanser.

ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX


Ini kisah anak saya. Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee.

Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang. Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain.

Sakitnya semakin kerap. Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital. Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda. Lepas tu datang balik.

Doktor pun tak dapat detect penyakit anak saya. Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah.

Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri.

Setelah beberapa hari dapat result, anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak.

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul. Takut, cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50.

Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya. Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL.

Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi. Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman.
.

Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama enam bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan.

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula.

Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat. Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal.

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa. Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya.

Justeru itu saya berusaha mencari supplement bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee.

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik. Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya.

Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya. Setelah konsisten ambil Vivix, anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. Satu berita yang menggembirakan.

Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga.

Syukur Alhamdullilah. Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.







Jom Shaklee... Live Well, Be Well ;)

Info lanjut dan pesanan produk Shaklee whatsapp kakak http://ezashaklee.wasap.my

***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan




PENGEDAR SHAKLEE

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...