Showing posts with label SHAKLEE KELANTAN. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE KELANTAN. Show all posts

MAKANAN PANTAS UNTUK BAKAR LEMAK??

MAKANAN PANTAS UNTUK BAKAR LEMAK??

Pengambilan makanan  pantas untuk bakar lemak dapat membantu mempercepatkan kadar metabolisme. Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu anda amalkan setiap hari bagi memastikan misi langsing anda tercapai.

MAKANAN PANTAS UNTUK BAKAR LEMAK??

Antara makanan pantas untuk bakar lemak dedegil anda adalah ;

YOGURT RENDAH LEMAK

Yogurt rendah lemak adalah sumber yang baik dan sihat dari segi protein dan kalsium. Ia terbukti mempercepatkan metabolisme. Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang mengamalkan diet dengan yogurt rendah lemak mampu mengurangkan berat badan dua kali lebih cepat. Ia disebabkan mereka mendapat sekurang-kurangnya 1200mg kalsium sehari berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

OMEGA 3

Ia merupakan sumber protein yang sangat baik. Omega 3 adalah asid lemak yang dapat membantu membakar kalori dan mengurangkan selera makan. Sumber omega 3 yang paling mudah adalah daripada ikan.

KEKACANG

Kacang contohnya adalah makanan protein yang sihat dan membantu meningkatkan metabolisme dan menurunkan peratusan lemak badan, begitu juga kacang soya.

DAGING DIBUANG LEMAK

Lemak pada daging itik dan ayam yang telah dibuang adalah antara makanan yang terbaik untuk pembakaran lebih banyak kalori untuk mencerna.

TELUR

Telur juga merupakan sumber protein yang seimbang dan sangat baik untuk membantu membakar lemak berlebihan. Ia juga dapat menahan otot apabila kehilangan berat badan.

CUKA

Diperbuat daripada asid, cuka membantu badan memecahkan lemak yang berlebihan.

ANGGUR

Anggur adalah salah satu makanan yang membantu anda untuk membakar lemak keraia ia mengandungi khasiat pektin, pektin dapat membantu menurunkan tahap kolestrol seseorang. Selain itu anggur juga kaya dengan vitamin C!

LIMAU

Buah-buahan jenis limau mampu meningkatkan tahap insulin dalam badan untuk membantu anda merasa kurang lapar. Buah lemon dan oren juga mengandungi serat, rendah kalori dan kadar air yang tinggi membuatkan anda rasa kenyang lebih lama.

LADA

Lada mempunyai kandungan vitamin A, C, serat kalsium dan fosforus. Ia dapat meningkatkan lagi metabolisme badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.

BIJIRIN

Membantu mengawal kadar insulin di tahap yang rendah untuk meningkatkan metabolisme anda.

TIMUN

Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik 2.

TEH HIJAU

Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.

Tahukah anda lemak boleh dibakar dengan suplemen? Meh cuba, alami sendiri dan anda akan percaya!! Kurus dan sihat ^__^

Dalam program penurunan berat badan Shaklee, kami menawarkan dua produk utama untuk membakar lemak iaitu Lecithin dan OmegaGuard!

LECITHIN

MAKANAN PANTAS UNTUK BAKAR LEMAK??

Diekstrak dari kacang soya organik non-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan asetilkolin, inisitol, fosforus dan lemak tidak tepu

FUNGSI LECITHIN DALAM MENURUNKAN BERAT BADAN

1. Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah. Ia membantu memecahkan dan menggunakan lemak (metabolisme), kolestrol dan trigliserida dalam tubuh.

2. Lecithin menghalang obesiti. Pengambilan maksima 6 biji sehari mempwrcepatkan pm akaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang.

3. Ia juga berfungsi melindungi hati dengan menghalang endapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.

4. Selain itu, lecithin mempunyai banyak fungsi seperti membantu mencantikkan kulit, mencerdaskan otak, menghalang batu karang, memperbaiki alergi, memperbaiki prostat dan membantu mencegah darah tinggi.

OMEGA GUARD

MAKANAN PANTAS UNTUK BAKAR LEMAK??

Minyak ikan terbaik di dunia dengan fungsi lebih hebat berbanding lecithin. Ia ekstrak dari ikan laut air sejuk. ia 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. Ia paling tulen di dunia dengan rangkaian penuh asid lemak Omega 3 seperti EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Omega 3 pula adalah asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh, ini bermakna kita perlu mendapatkannya dari makanan.

OMEGA DAN PENURUNAN BERAT BADAN

1. Omega 3 berfungsi mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA Boleh menentang thrombosis, melincirkan salur darah, menurunkan tekanan darah tinggi.

2. Omega 3 berdungsi menurunkan kadar kolestrol, menghalang pembekuan darah, membantu mengawal tahap trigliserida dan koleatrol LDL.

3. Ia membantu mencegah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infraction dan mengurangkan risiko sakit jantung.

4. Manfaat lain, ia membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan bayi. Meningkatkan sisitem imun, menyihatkan paru-paru, menentang kanser, memelihara sendi dan juga mampu mencegah insomnia.

5. Omega 3 juga sesuai untuk kanak-kanak, pelajar, ibu hamil, ibu menyusu, orang dewasa dan juga warga emas malah seisi keluarga boleh mendapat manfaat dengan pengambilan Omega Guard ini.

Jika anda berazam untuk menurunkan berat badan, saya syorkan anda mengambil sekali Alfalfa dan Herblax untuk membantu proses detoxsifikasi lemak dan kolestrol yang telah dipecahkan oelh lecithin dan omega guard ini.

Semoga azam anda untuk menurunkan berat badan berjaya!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan



EZAFAHIZABUDDIES.BLOGSPOT

JOM TEGANGKAN KULIT MUKA

JOM TEGANGKAN KULIT MUKA

Selain melakukan perawatan wajah di spa atau pusat kecantikan, korang boleh merawat wajah di rumah dengan menggunakan bahan-bahan alami yang kebanyakannya terdapat di dapur. So.. apa tunggu lagi, jom tegangkan kulit muka!

JOM TEGANGKAN KULIT MUKA

Manfaatkan bahan tersebut untuk merawat kulit muka korang agar kekal tegang dan awet muda. Buat secara konsisten, selamat mencuba!

RAHSIA LENDIR LIDAH BUAYA


JOM TEGANGKAN KULIT MUKA


Sapu deluruh wajah dan leher dengan lendir lidah buaya. Biarkan sehibgga ia kering, kemudian bilas dengan air sejuk. Lendir lidah buaya bukan sahaja dapat menganjalkan kulit wajah malah ia juga melembap dan membantu mengecutkan jerawat. Awas! Jangan sampai terkena duri dan kulit lidah buaya pada wajah kerana boleh menyebabkan kecederaan dan gatal-gatal.

KOMBINASI PUTIH TELUR DAN MADU


JOM TEGANGKAN KULIT MUKA


Ambil sebiji telur ayam, sebaiknya telur ayam kampung. Asingkan kuning telur, ambil bahagian putih sahaja. Campurkan dengan dua sudu madu. Gaulkan sebati, jadikan masker. Sapu rata pada seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, bilas dengan air suam. Untuk mendapat hasil yang lebih baik, bilas dengan air suam yang dicampur perahan limau nipis. Selain berfungsi mengekang penuaan, kombinasi bahan ini juga mencerah dan merawat resdung.

KHASIAT KULIT PISANG


JOM TEGANGKAN KULIT MUKA


Gunakan kulit pisang emas masak. Gosok bahagian dalam kulit pisang pada wajah perlahan-lagan. Biarkan ia kering, bilas dengan air bersih. Lakukan dua hingga tiga kali seminggu, anda pasti gembira dengan hasilnya, kulit semakin cantik dan parut beransur pudar.

RAMUAN TIMUN & TEPUNG UBU KAYU


JOM TEGANGKAN KULIT MUKA


Sagat timun sehingga lumat, kemudian campurkan dengan tepung ubi kayu bersama sedikit air. Kacau rata, jangan terlalu cair. Jadikan masker, sapu pada wajah. Biarkan sehingga kering. Kemudian, bilas wajah dengan air suam. Bukan sahaja mencerah dan menegangkan kulit yang kendur malah tepung ibu kayu dan timunjuga menyegarkan kulit yang kusam.

KEISTIMEWAAN SUSU SEGAR


JOM TEGANGKAN KULIT MUKA


Susu segar bukan sahaja enak diminum malah makanan ini juga boleh digunakan untuk merawat pelbagai masalah kulit wajah. Caranya mudah sahaja, sapukan seluruh wajah dengan susu segar atau susu tepung. Biarkan ia kering. Bilas bersih dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin sehingga anda mendapat hasil seperti yang diharapkan.

JUS PEGAGA & LOBAK MERAH RAWAT DARI DALAM


JOM TEGANGKAN KULIT MUKA


Pegaga dan lobak merah sangan baik untuk kesihatan serta kecantikan. Kedua-duanya kaya dengan pelbagai khasiat. Untuk mendapat kulit yang cantik dan berseri, amalkan minum jus campuran lobak merah dan pegaga.


Ada cara lagi mudah untuk tegangkan kulit muka, selain tu dapat bonus kulit jadi LEBIH CERAH, BEBAS JERAGAT, JERAWAT, kesan PARUT semakin pudar... Macam mana!??? Anda boleh WhatsApp saya di no +60166664584 ^___^v

1. ESP - Lembabkan kulit, utk kulit licin dan lembut, juga membantu mencerahkan kulit
2. ALFALFA - Hilangkan jeragat, whitehead, blackhead
3. COLLAGEN POWDER - Tegangkan kulit muka, kecilkan pori terbuka, hilangkan jeragat, mencerahkan kulit dengan sekata (kesan dapat dilihat seawal 7 hari)
4. VITAMIN E - Kurangkan kesan parut, mencegah kulit kering

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan



EZAFAHIZABUDDIES.BLOGSPOT


PENGAMBILAN SUPLEMEN YANG SESUAI KETIKA HAMIL

Menjaga kesihatan bagi ini hamil sangat penting. Wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum. Sudah pasti zat dan nutrien yang diperlukan bertambah kerana kini pengambilannya bukan untuk diri sahaja malah untuk perkembangan si kecil dalam kandungan.



Tapi penting bagi ibu hamil untuk mengetahui suplemen yang boleh dan harus dielakkan serta waktu paling sesuai untuk mengambilnya.

KEPERLUAN PENGAMBILAN VITAMIN

Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pra natal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.


Suplemen seperti Asid Folik, Zat Besi dan Kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu. Multivitamin ini dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang anda ambil dan membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.

Pengambilan vitamin ini tidak menyebabkan ibu hamil gemuk atau saiz bayi menjadi besar. Ia penting sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat pentingg ketika hamil.

SUPLEMEN MINYAK IKAN TERBAIK UNTUK ANAK

Minyak ikan mampu merangsang minda dengan mengambil Asid Lemak seperti Omega 3, Omega 6, DHA dan EPA dalam kuantiti dan komposisi yang sesuai seawal tiga bulan pertama kehamilan. Sejak dalam kandungan lagi bayi bijak dan hebat.


Ia digalakkan diambil kerana badan tidak dapat menghasilkan Asid Lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan.

Pembentukan secara optimum sel-sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.

SUPLEMEN DILARANG

Vitamin A atau retinol ketana ia kemungkinan menyebabkan kecatatan kekal pada bayi dan keracunan hati.

GLA atau Gamma Linolecic Acid yang biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleb diambil kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecatatan dan berbahaya kepada kandungan.

Pengambilan Teh Hijau untuk mencegah sembelit harus difikirkan terlebih dahulu. Ini kerana teh hijau ini walaupun mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan tetapi ia mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik ini meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan vitamin dan nutrisi yang diserap dibuang melalui pembuangan air kecil. 

Adalah lebih elok jika anda mengambil air secukupnya disamping buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan serat bagi mengelakkan masalah sembelit.

KLIK SINI untuk mengetahui vitamin yang tidak boleh diambil oleh ibu hamil

WAKTU PALING SESUAI

Kebanyakan suplemen dan vitamin digalakkan diambil selepas makan pada wakyu pagi. Hal ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya seperti meningkatkan kecergasan serta tenaga sepanjang hari.

Zat besi pula disarankan sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.

***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan



CARA MUDAH BUAT SIDE INCOME | MODAL RM 75.00 SAHAJA!!!

Haiiii haiiii... Hope kekorang sesihat le hendaknya, sekarang musim hujan... Tak pagi, tengahari, petang atau malam mesti hujan. Siap sedia standby baju hujan, payung okey.

Sekarang ni rata-rata diantara kita semua mesti mencari-cari side income untuk tampung duit poket memasing, tak kira la sama ada Student, yang sedang bekerja, Surirumah masing-masing mencari duit poket untuk kelangsungan hidup yang lebih selesa. Nak bantu hasben, nak sara MakAyah, nak bantu keluarga, nak keluar dari zon selesa sekarang ni. 





Kita kene terima hakikat kenaikan kos sara hidup sekarang, masa untuk mengeluh kesah dah abes, sekarang masa untuk bekerja keras untuk kehidupan lebih selesa. Kalau orang lain boleh berjaya dalam biz shaklee kenapa tidak diri kita kan?? Kalau orang lain boleh, kita pon mesti boleh! Semuanya kena ada cara. Ya ya, biz Shaklee memang MLM, tapiiii... Ada tapinya okey, dalam MLM Shaklee korang tak boleh berjaya sorang-sorang, korang kena bantu anak-anak (downline) korang sama-sama berjaya. Jadi nak tak nak korang terpaksa berjaya bersama upline korang.

Macam mana nak berjaya dalam biz shaklee?? Email / whatsapp saya seperti no dibawah ok. 


 

Meh layan gambar-gambar terpilih masa kelas hari tu.


Sabtu tadi team SBID dengan kerjasama YMG buat kelas untuk run biz shaklee. Meriah sangat ngan tema Orange semangat memasing nak dapat n share ilmu yang ada. Yang paling best part last kene menyayi berjemaah. Best Best Bestt!! 

Special sangat kelas kali ni en. asben saya ikut g kelas. Selalu kene redah sensorang je g kelas sane sini, kali ni alhamdulillah kebetulan dia cuti dan dia nak ikut.. Hip hip horeyyy... Heheee. Dan yang penting sekali impian nak bawak asben g Hq Shaklee tercapai ^___^.

Yok layan gambar kekami :)


Nyanyi time!! hahahaa, memasing menyumbangkan soree

MY BIG FAMILY Young Million Group (YMG) under Mami Nora

TEAM SBID under Mami Mila

 Ngan hadek badek biz


Sensorrrr sikit, tengah cakap da kene snap.. hahahaaaa



***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan












KEPENTINGAN SUPLEMEN UNTUK TUBUH

Tubuh yang sihat, cergas dan bebas daripada pelbagai jenis penyakit adalah antara nikmat kehidupan. Bagi memperoleh kesihatan yang baik, tubuh memerlukan nutrisi yang cukup dan ia boleh  didapati daripada makanan yang diambil setiap hari. Begitu juga dengan amalan gaya hidup yang sihat.



Namun begitu, adakalanya tubuh memerlukan nutrisi ekstra dan pengambilan suplemen boleh memenuhi khasiat yang diperlukan. Walaupun begitu, anda tidak boleh mengambil suplemen sembarangan kerana seandainya tubuh tidak memerlukannya, ia tidak memberikan sebarang manfaat. Disini perlunya anda bijak mengambil suplemen agar ia memberi kebaikan kepada tubuh, selain mengelakkan pembaziran.


Dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam suplemen, ia memberi banyak kebaikan kepada tubuh. Antaranya ;

1) MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH

Gangguan terhadap metabolisme tubuh akan memberi kesan kepada penyerapan makanan yang kemudiannya akan menurunkan kadar nutrisi yang diterima oleh tubuh. Mengambil suplemen dalam kadar yang mencukupi boleh meningkatkan kadar metabolisme hinggakan tubuh dapat bekerja secara optimum dan menyerap nutrisi yang diperlukan.

2) PENTING UNTUK 'VEGETARIAN'

Bagi mereka yang mengamalkan 'vegetarian' pastinya kekurangan zat yang dibekalkan oleh makanan seperti daging dan sebagainya. Mereka telah kekurangan sumber protein, vitamin dan mineral, sedangkan ia penting terhadap tubuh. Dengan pengambilan suplemen, ia sangat membantu memberikan manfaat kepada tubuh dan akan menjalankan peranan dengan berkesan.

3) MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH

Suplemen seperti vitamin C sangat berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Ia dapat meningkatkan ketahanan badan, sekali gus sebagai anyioksidan yang membantu mengatasi kerosakan ke atas otot.

4) SUPLEMEN KHAS UNTUK WANITA

Terdapat tiga jenis suplemen yang sangat penying dan berguna untuk wanita iaitu zat besi, asid folik dan juga vitamin D, terutamanya bagi wanita hamil. Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan sangat berkesan untuk mencegah anemia. Asid folik sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kecatatan pada bayi manakala bitamin D penting untuk mencegah osteoporosis.

BILA BADAN MEMERLUKAN SUPLEMEN??



• Apabila keletihan dan penat setelah melakukan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga.
• Apabila tubuh mula merasa sakit, tidak selesa dan mula berasa amat lesu. Keadaan ini memberi isyarat bahawa badan memerlukan suplemen.
• Ketika terjadi ketidakseimbangan dalam tubuh terutama yang berhubungan dengan sistem metabolisme tubuh.
• Ketika badan terlalu terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas yang tinggi atau ketika berdepan dengan cuaca buruk.
• Wanita hamil amat digalakkan mengambil suplemen yang bersesuaian.
• Pengambilan suplemen perlu dilakuakn dari awal lagi untuk hasil yang memberangsangkan.

Sumber : Mingguan Wanita

Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil seplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.


***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan




MANFAAT VITAMIN C YANG PERLU KITA TAHU

Beruntung korang yang suka makan oren. Banyak khasiat buah oren dari sudut kecantikan dan juga kesihatan. Ini disebabkan oleh kandungan Vitamin C yang tinggi dalam buah oren ni.


Kajian demi kajian membuktikan Vitamin C antara bahan paling utama yang berkesan meningkatkan kecantikan dan kesihatan. Untuk mendapatkan Vitamin C, seharusnya buah oren sentiasa dimasukkan dalam menu anda. Jom kite Chek It Out manfaat Vitamin C.

IMUNISASI / DAYA TAHAN BADAN DAN BAIK PULIH LUKA

- Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan daripada jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan tubuh terpelihara daripada bekteria, virus dan jangkitan.
- Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk membina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka, ia juga boleh melindungi kulit dari rosak oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

KURANGKAN SIMPTOM DEMAM

- Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai antihistamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tisak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan penyembuhan demam.

ANTIOKSIDA

- Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis iaitu penyebab penyakit jantung dan strok.

SALURAN DARAH

- Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

KURUS

- Vitamin C dan jus oren telah terbukti membantu untuk menguruskan badan dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.
- Para doktor mendapati amalan makan makanan yang kaya Vitamin C boleh merendahkan paras insulin, di samping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak. Insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

PERLINDUNGAN DARI MATAHARI

- Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dna kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan selaran matahari disebabkan oelh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

PENGHASILAN KOLAGEN

- kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine iaitu dua elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya. Kolagen melembabkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

PENYEMBUHAN LUKA

- Tubuh menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekali gus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C m ingkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

MELINDUNGI PERUBAHAN WARNA KULIT

- Vitamin C melindungi DNA dari tindak balas forokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit)
- Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

MEMPERBAIKI TEKSTUR KULIT

- Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada dibawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutriencukup, kulit akan menjadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Citamin C membantu memperbaiki rupa dan tekstur kulit.
- ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan , melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

MENINGKATKAN PERTUMBUHAN RAMBUT

- Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut.

KEISTIMEWAAN SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE





'Sains pembebasan berterusan secara semulajadi' Vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangansebiji buah yetmasuk kulitnya [500mg] dan pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut kedalam tubuh kita setaip jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C didalam 2 tablet Vitamin Shaklee ( didalam jurang masa 5jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24jam. Detiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25 % bioflavonoid, diekstrak daru kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mengandungi kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

~ Mengandungi 180 tablet
~ Tahan 3- 6 bulan 
~ Sebiji SR Vitamin C bersamaan RM0.51 (super jimat)


untuk maklumat lanjut tentang kasiat dan manfaat yang kite petolehi dengan pengambilan SR VITA C KLIK SINI ;)


Berminat? Perlukan konsultasi mengenai suplemen yang sesuai untuk anda, hubungi saya melalui WhatsApp +60166664584 - eza

Untuk pembelian secara online klik sini



Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...