PENYAKIT TIBI | KAEDAH RAWATAN DAN PENCEGAHAN
Penyakit Tibi | Kaedah rawatan dan pencegahan. En.suami pernah cerita tentang penyakit Tibi. Tibi tulang, Tibi paru-paru. Macam mana dia kene on ubat Tibi sebab patient +ve Tibi. Tetibe semalam nampak MC officemate 31 hari. Pelik plak, sakit ape la dia ni. Kite pon sesebok la tanye kat officemate len... Homaigod dia +ve Tibi... Ggrrrrr.. Kite pon whatsapp en.suami dan seperti biasala dia bukak kitab kedoktoran dia tu. Tibi bahaya, bla bla blaaa... Hokey baik, hokeyyy... Dan kesimpulannya, saya KENE buat chekup kat Klinik kesihatan berhampiran, dah agak dah mesti en.suami akan paksa. Kengkorang pon sila la pergi buat cheackup bila orang berhampiran anda ada yang +ve Tibi. Sebagai langkah berjaga-jaga kerana penyakit Tibi lebih bahaya dari penyakit HIV kerana cara jangkitannya yang sangat mudah merebak. Jom kita kenali Penyakit Tibi.
APAKAH PENYAKIT TIBI?
• Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut jika tidak dirawat
• Ianya disebabkan oleh kuman Tibi Mycobacterium Tiberculosis
• Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tetapi ia juga boleh menyerang organ-organ penting lain seperti tulang, otak, kelenjar, kulit, buah pinggang dan sebagainya.
• Kebanyakan orang yang dijangkiti, tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana sistem pertahanan badan yang kuat menghalang jangkitan. Akan tetapi kuman Tibi ini akan berada di dalam badan dalam keadaan tidak aktif
• Jika sistem pertahanan badan terjejas atau menjadi lemah. Kuman Tibi yang ada dalam badan akan menjadi aktif dan membiak, ia menyebabkan jangkitan Tibi yang aktif.
Faktor yang menyumbang kepada kemunculan penyakit ini antaranya adalah ;
• Pendatang asing yang masuk secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
• Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana tidak terdedah tentang penyakit Tibi ini.
CARA PENYAKIT TIBI MEREBAK
• Penyakit Tibi boleh berjangkit melalui titisan cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila pesakit Tibi paru-paru batuk, bercakap atau bersin.
• Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi cecair ini akan menghadapi risiko dijangkiti kuman Tibi
• Penyakit Tibi diluar paru-paru (EPTB) tidak akan menjangkiti orang-orang disekelilingnya.
TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAPI PENYAKIT TIBI
• Batuk berpanjangan melebihi dua minggu
• Batuk berdarah atau berkahak
• Sakit dibahagian dada
• Lemah dan keletihan
• Susut berat badan
• Hilang selera makan
• Menggigil
• Demam
• Berpeluh waktu malam
GOLONGAN YANG MUNGKIN DISERANG PENYAKIT TIBI
Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, tetapi kumpulan berisiko tinggi adalah ;
• Mereka yang dijangkiti AIDS (Virus HIV)
• Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan penyakit Tibi yang tinggi
• Mereka yang kekurangan zat dan vitamin
• Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV
LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT TIBI
• Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberi suntikan imunisasi BCG
• Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada kesan parut dan pada umur 12 tahun
• BCG diberikan secara percuma di semua Hospital serta Klinik Kesihatan Kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
• Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
• Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit Tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan
GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI MENDAPAT JANGKITAN TIBI
• Pembawa HIV
• Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
• Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
• Warga tua
• Perokok tegar
CARA DAN KAEDAH MENDIAGNOS TIBI
X-RAY DADA
Pancaran Sinar Dada (Chest x-ray) adalah antara kaedah bagi mengesan paru-paru yang mempunyai atau pernah dijangkiti kuman Tibi.
MANTOUX TEST
Ujian yang di lakukan untuk menyiasat samada individu itu dijangkiti kuman Tibi atau tidak. Ia dilakukan pada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Tibi seperti ahli keluarga dan kawan terdekat
DIAGNOSTIC MICROBIOLOGY
Kaedah untuk mengesan kuman Tibi didalam kahak atau spesimen dari anggota tubuh badan yang lain melalui “smear” atau kultur (culture)
Ujian-ujian ini boleh dilakukan di Pusat Kesihatan mahu pun Hospital Kerajaan berhampiran secara percuma
KAEDAH RAWATAN PENYAKIT TIBI
Terdapat empat jenis ubat yang khas yang sering digunakan untuk merawat penyakit Tibi. Ubat-ubat itu ialah:
- Rifampicin (RIF)
- Isoniazid (INH)
- Pyrazinamide (PZA)
- Ethambutol (EMB)
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, pesakit diberi rawatan rapi dimana ia dikehendaki memakan ubat setiap hari yang disaksikan oleh Pengamal Perubatan (Doktor) atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.
Kemudian pada empat bulan seterusnya ia dikehendaki memakan ubat tiga kali seminggu, juga dibawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh di sembuhkan.
ALTERNATIF SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK BANTU PESAKIT TIBI
Ada beberapa vitamin yang boleh di syorkan kepada pesakit Tibi antaranya ;
> Resveratrol yang terkandung di dalam vivix mampu mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan saluran pernafasan.
> Resveratrol telah terbukti mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor paru-paru.
> Ia juga membantu meningkatkan imunisasi tubuh.
> Membantu meningkatkan imuniti tubuh dengan mendorong penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh.
> Ia mampu mengurangkan / mengelakkan simptom alergi.
> Ia membantu untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan melawan infeksi bakteria.
> Membantu meningkatkan pertahanan tubuh terhadap alergi untuk pesakit asrama atau infeksi paru-paru.
> Omega 3 mampu mengurangkan inflamasi dan keradangan.
> Ia mampu mengurangkan serangan asthma dan membersihkan saluran pernafasan.
> Menggalakkan fungsi imun dan fungsi pemulihan
> Melindungi tisu paru-paru dan membekalkan oksigen kepada sel
> Penting untuk pemulihan tisu paru-paru
Waaaa... Banyaknyaaaa... Tapi ini bukan untuk anda ambik semua, ikut kesesuaian masing-masing. Dapatkan cadangan yang mana perlu dan sesuai untuk anda. Tetapi sebagai langkah utama anda harus berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk diagnosis dan rawatan lanjut. Jika anda memerlukan nutrisi suplemen sebagai cara untuk mengatasi penyakit Tibi , anda boleh hubungi saya melalui WhatsApp http://ezashaklee.wasap.my untuk konsultasi ;)
Duit memang besar nilainya apabila kita sihat, tetapi tidak bernilai bila kita sakit!!
Jom Shaklee... Live Well, Be Well ;)
Anda boleh mengambil suplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.
***************************************************************************************************************
Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;
❀ Jadual Pengambilan Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee
Sihat walafiat pn duit x ckup kak... Tambah bila sakit, lg pning la pikiaq pasai duit nii
ReplyDeleteheheheee... jom buat biz shaklee, boleh la tampung-tampung mana yang tak cukup tu.. hehehee
DeleteSihat walafiat pn duit x ckup kak... Tambah bila sakit, lg pning la pikiaq pasai duit nii
ReplyDeletesalam nak tanye.. ank sy 1 taun 9 bulan.. menaiki kereta bsama pesakit tb.. pesakit tb x pakai penutup mulut. adakah kemungkinan d jangkiti..
ReplyDeleteWsalam... Risiko utk dijangkiti tu ada, jika puan ragu-ragu saya nasihatkan puan bawa anak puan untuk menjalani ujian saringan tibi di kk @ hospital berhampiran . Terutama jika anak puan demam / batuk
Deletesy dah batok lebih drpd 5bln...dr bln 11 taun lepas lg..doktor ckp sy cuma ada asthma sj..tp kerap batuk berkahak..adakah sy ada penyakit tibi..sbb suami ckp tibi lbh terok drpd HIV
ReplyDeletekalau doktor kata bukan tibi xperlu lah risau, tapi kalau masih ragu-ragu sila buat ujian sarigan di kk @ hospital.
Deletepuan boleh cuba omegaguard Shaklee untuk membantu mengatasi masalah asthma dan batuk berkahak puan.untuk info lanjut boleh w.app saya http://ezashaklee.wasap.my
nak tnya ni vit shaklee mna yg sesuai utk ibu sya yg sedang sakit tb.. suda hmpir 2 mggu mkn ubt tb tpi tiada perubahan masih merasa seram sejuk dan berpeluh bnyk di waktu mlm..pls respon secepatnya tq
ReplyDeletemaaf. boleh w.app saya terus +60166664584.
Deletenak tnya ni vit shaklee mna yg sesuai utk ibu sya yg sedang sakit tb.. suda hmpir 2 mggu mkn ubt tb tpi tiada perubahan masih merasa seram sejuk dan berpeluh bnyk di waktu mlm..pls respon secepatnya tq
ReplyDeletePenyakit tibi ni memang bahaya dan mudah menjangkiti orang yang berdampingan dengan pesakit.
ReplyDeleteyep. sebab mudah menular dan menjangkiti orang lain. dah macam virus. so, jaga diri ;)
DeleteSaya di jangkiti penyakit tb tulang.... ubat yg mn sesuai untuk saya????
ReplyDeleteboleh w.app saya terus +60166664584 untuk info lanjut
DeleteMcm mana dapat ubat ini?
ReplyDeleteboleh w.app saya terus +60166664584
DeleteAsal mana la kuman tibi nie..... bila terjangkit Shaklee jugak yang masyukkkkkk
ReplyDeleteHaha..betul gak kn?? Lol
Deletehahaahaa.... dulu pun ada, penah dengar batuk kering??? macam tibi lah juga, tapi dah terkawal dan bilanga yang enghidapnya semakin menurun. tapi sekarang ni penyakit ini makin menular kembali. mungkin disebabkan semakin banyak warga asing di Malaysia. sebab kebanyakan orang asing ni tiada suntikan imunisasi dari kecil macam orang Malaysia. Allahualam.
DeleteThanks and I have a keen give: How Long Renovate House house renovation for sale
ReplyDelete