Showing posts with label VITA E COMPLEX. Show all posts
Showing posts with label VITA E COMPLEX. Show all posts

SET KECANTIKAN KULIT SHAKLEE

Set Kecantikan yang merangkumi B Complex, Vitamin C, Vitamin E, GLA Complex + ESP





✿ B COMPLEX
➜ Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

✿ VITAMIN C SR ✿
➜ Antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

✿ VITAMIN E ✿
➜ Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat pendedahan kepada sinaran UVB. Anti penuaan dan juga dapat mengurangkan kesan parut

GLA COMPLEX
➜ Pengambilan jangka masa panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda. Juga dapat memperbaiki inflamasi kulit spt eczema, alergi, kulit kering.

Pengambilan set ini bersama-sama Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.

✿ ESP
➜ Diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat dimana ia;
- Baik untuk awet muda
- Membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain.
- Merangsang pembentukan semula kulit dan otot serta kurangkan kedutan.
- Mengembalikan seri wajah 

Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya


Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :



➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Pengambilan Vitamin Bantu Kurangkan Masalah Jeragat

Suplemen Penting Untuk Kecantikan


VITAMIN C ❀
➜ Penting dalam pembentukan kolagen. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen, walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tingi kandungan Vitamin C dapat membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik

VITAMIN E
➜ Terkenal sebagai vitamin awet muda, ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu Vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan jeragat pada kulit selain pengambilan Beta Carotena

PROTEIN ❀
➜ Membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.

SET KECANTIKAN SHAKLEE



Sustained Release Vita C Plus 
 Antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.


 Vitamin E Complex 
 Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.


 ESP Soy Protein Isolate Powder 
 Diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki semula struktur kulit.

Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya


Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :




➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

KETAHUI WAKTU SUBUR UNTUK HAMIL

MENGIRA WAKTU SUBUR


Assalamualaikum Warahmatullah.

Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.

Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. 

Hari 5-13


Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?




Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. 

Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. 
Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. 
Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Artikel ---> KREDIT TO DR.AZWAN 

Kalau nak senang lagi, takmo kira manual, anda boleh je download aplikasi dari apple store / play store..


 Masuk kn detail korg, bile date period.. Dia akn calculate utk korang.. Senang kan.. Huhuuu, Selamat Mencuba, Chaiyok Chaiyokkk 


Tercari-cari suppliment untuk membantu mengatasi masalah kesuburan, meh klik sini --> http://ezafahizabuddies.blogspot.com/2014/05/set-kesuburan-shaklee.html?m=1

SET KESUBURAN SHAKLEE

Membantu Masalah Kesuburan Suami dan Isteri


Pernikahan yang kemudiannya diiringi dengan tangisan bayi adalah suatu keindahan nikmat luar biasa yang menakjubkan. Ramai pasangan yang mendambakan suara kecil ini. Bersangka baik kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui segalanya.

Di negara ini, masalah ketidaksuburan berada antara 10 hingga 15 peratus.

Banyak punca ketidaksuburan antaranya usia, obesiti, hormon dan penyakit. Mari kita ketahui lebih dekat punca ketidaksuburan ini.

Antara Punca Ketidaksuburan :


1)Masalah hormon atau kawalan kitaran haid 
- hormon tidak seimbang menyebabkan gangguan dalm proses ovulasi hingga memyebabkan telur tidak matang.
- keseimbangan hormon boleh berlaku menyebabkan berat badan, mengalami perubahan berat badan mendadak dan juga boleh menyebabkan oleh kelenjar tiriod tidak berfungsi dengan baik.

2)Kerosakan kepada saluran fallopian 
- sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tuib fallopian yang telah separuh tersumbat atau sepenuhnya. Kebanyakkab tiub fallopian yang rosak berlaku akibat jangkitan kuman.
- hamil pramatang yang mana janin telah menempel di rahim (dipanggal kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis

3)Pembentukan rahim yang tidak normal
- keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan tanduk) sering berlaku
- rahim akan membentuk seperti buah pear seakan - akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit menyebabkan ruang untuk membesar agak sempit.

4) Sperma tidak matang
- berlaku apabila lelaki tidak dapat menghasilkan sperma normal yang mencukupi dan dapat bergerak bebas.
- Penyebab lain adalah seperti gangguan hormon, masalah keturunan dan faktor persekitran. Selsema juga boleh memberi kesan kepada kekurangan kuatiti sperma.

5)Gangguan pengangkutan sperma
- kekurangan sperma yang dapat memasuki tubuh wanita kerana salaur duktus yang membawa air mani tersumbat.

Langkah2 yang boleh diambil untuk hamil :

-Mengambil Multivamin
- Dapatkan berat yang ideal
- Ketahui waktu subur
- Tingkatkan kesuburan 
- Kurangkan tekanan

Sebagai alternative usaha untuk dapatkan zuriat selain memohon pertolongan Allah s.w.t, suami isteri boleh cuba set kesuburan shaklee dalam membantu masalah kesuburan suami dan isteri




Mari saya rungkaikan apakah keistimewaan dalam setiap satu itu yang boleh membantu masalah kesuburan tersebut:

Set kesuburan Shaklee terbahagi kepada 2 ;

1) Set kesuburan untuk lelaki iaitu Vita E dan Zinc

❤️ ZINC COMPLEX ❤️

➜ Mengembalikan keseimbangan hormon lelaki.
➜ Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna.
➜ Pembentukan hormon testosterone.
➜ Membantu mengekalkan jumlah air mani.
➜ Memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif untuk ke ovum.

❤️ VITA E COMPLEX ❤️

➜ Melancarkan peredaran pembuluh darah.
➜ Memastikan sel sperma terbentuk dan berfungsi dengan sempurna kerana kandungan selenium lelaki akan hilang melalui air mani, jadi seplemen selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

2) GLA dan ESP untuk set kesuburan wanita

 ❤️ GLA COMPLEX ❤️ 

➜ Mengembalikan keseimbangan hormon wanita.
➜ Melancarkan period.
➜ Membentuk persekitaran rahim yang sihat bagi meningkatkan jangka hayat sperma dan sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan.
➜ Menambah kekuatan pelekat sel (Sellular glue) yang dipanggil e-cadherin (mencegah kanser).
➜ Membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti.

❤️ ESP ❤️

➜ Membantu membentuk tisu rahim yang sihat.
➜ Membentuk sel ovum yang sihat dan sempurna bagi meningkatkan peluang persenyawaan.
➜ Mengekalkan tenaga.

Walau bagaimanapun kita hanya merancang dan berusaha Allah jua yang menentukan 😊


Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :



➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...