Showing posts with label SHAKLEE SUNGAI BULOH. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE SUNGAI BULOH. Show all posts

BERHENTI MEROKOK 100% DENGAN VIVIX SHAKLEE

BERHENTI MEROKOK 100% DENGAN VIVIX SHAKLEE

Tahukah anda mengikut kajian, jika anda merokok, secara saintifik jangka hayat anda lebih pendek berbanding yang tidak merokok?

Ya memang perokok pun sudah sedia maklum tapi kenapa masih tak dapat buang tabiat buruk ini? Belum lagi senarai panjang keburukan-keburukan merokok yang lain. Ini kerana, merokok adalah satu ketagihan yang terlampau.


Saya faham ramai yang telah cuba sedaya upaya mencari jalan untuk berhenti merokok tetapi biasanya berakhir dengan merokok balik kan? Jika anda seorang isteri, mesti sangat tertekan dengan suami seorang perokok.

Anda telah cuba pelbagai cara dan produk tapi lepas beberapa ketika masih juga nak merokok. Cara susah dah buat, cara mudah berhenti merokok pun dan cuba tapi kenapa ye masih juga tak dapat buang tabiat merokok? Pendapat saya sebab kesan yang diterima kebiasaanya hanya jangka masa pendek dan jika tak diteruskan maka akan kembali merokok.

Sebelum itu mari kita lihat keburukan-keburukan merokok yang anda mesti tak nak dengar walaupun dalam hati hanya Tuhan saja yang tau. Pertama sekali anda kena terima kenyataan yang anda memang sedang melalui proses merosakkan badan anda dan anda berhak tahu apakah kerosakan dan kekurangan yang anda sedang dan bakal alami.

➜ Merokok menyebabkan kehilangan vitamin dan mineral yang penting dalam badan terutamanya kalsium
➜ Menyebabkan tulang menjadi semakin rapuh.
➜ Deria hidung kurang sensitif.
➜ Gigi mudah rosak dan gusi senang membengkak selain dari warna gigi menjadi kuning. Ia juga menyebabkan gigi anda mudah tercabut dan rongak sebelum sampai usia yang sepatutnya.
➜ Jika anda sakit, antibodi badan lebih lemah berbanding jika tidak merokok. Ia juga mengurangkan keberkesanan ubat yang di makan dan proses penyembuhan mengambil masa lebih lama.
➜ Keupayaan fizikal dan mental lebih mudah terganggu.
➜ Keupayaan dan keinginan seksual juga berkurangan.
➜ Boleh menyebabkan ulser perut
➜ Mudah dapat asma dan gangguan sistem pernafasan.
➜Penyakit jantung.
➜ Kanser larinks dan esofogus.
➜ Kanser paru-paru.
➜ Kanser pankreas.

Dan banyak lagi yang saya tak senaraikan. Saya tahu dalam setiap detik hati perokok ada tersimpan niat untuk berhenti merokok. Namun ketagihan merokok yang melampau membantutkan usaha-usaha murni anda untuk berhenti. Jadi apakah yang boleh syorkan untuk menghapuskan ketagihan merokok anda buat selama-lamanya?

Jadi saya syorkan VIVIX SHAKLEE


BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PEROKOK BERHENTI MEROKOK?


Ramuan yang terdapat di dalam Vivix adalah 10 kali ganda lebih hebat dari reservatrol.

✔ Antioksidan yang tinggi dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok.

✔ Diet antioksidan yang betul mampu mengurangkan pengaruh merokok disamping mengurangkan ketagihan nikotin

✔ Antioksidan dapat membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin.

✔ Antioksidan membantu melindungi dan memperbaiki semula DNA yang telah terjejas akibat nikotin

Jadi tidak mustahil Vivix dapat membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Pengambilan supplement boleh membantu perokok tegar diluar sana untuk menghentikan tabiat merokok yang secara terang-terangan mampu membahayakan kesihatan.



KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN VIVIX

❀ Anda akan merasa kelainan yang luar biasa pada badan anda. lebih bertenaga dan merasa muda 20 tahun!
❀ Kesan sampingan pada kulit yg akan menjadi makin cantik, mata yang semakin cerah dan mampu merawat penyakit seperti barah, kencing manis dan darah tinggi. 


HARGA RETAIL : RM475.00 UTK 2 BULAN. MAHAL?????

JOM KIRA BERAPA KOS UTK ROKOK SELAMA 2 BULAN.

Sekotak rokok RM 12.00 x 30 hari = RM 360
Kos untuk rokok utk 2 Bulan = RM 720

ape yang anda dapat dari pelaburan rokok??
sakit, barah, sia-sia dan berlanjutan ketagihan seumur hidup!!

Berita baik untuk anda semua, kerana sepanjang Julai 2014 adalah bulan promo Vivix, dimana anda layak untuk membeli vivix dgn harga serendah 380 sebotol. So ape tunggu lagi.. Grab la peluang yang ada.

JOM TUKARKAN PELABURAN UTK ROKOK KEPADA VIVIX SHAKLEE!!

Jom review beberapa restimoni para perokok yg telah berjaya berhenti merokok





Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :



➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak


SET SENDI SHAKLEE | Atasi Sakit Sendi, Lutut dan Tulang

Kerap sakit lutut? Petanda sendi terjejas akibat faktor penuaan mahupun penyakit.

Masalah sakit lutut adalah perkara biasa dialami kebanyakan dari kita kesan daripada faktor penuaan, kemalangan atau penyakit namun sering dibiarkan berlarutan walaupun ia menjejaskan kehidupan seharian.

Gejala sakit lutut bukan saja mengganggu kehidupan harian seperti sakit apabila hendak naik turun tangga, mencangkung atau tertib gerakan dalam sembahyang, bahkan berkemungkinan petanda masalah lain atau jangkitan keradangan tulang (osteoartritis)



SUPLEMEN YANG SESUAI UNTUK MEMBANTU MENGURANGKAN SAKIT SENDI


Jadi sebagai alternatif, pesakit lutut, sendi dan tulang boleh mendapatkan Set Kesihatan Sendi Shaklee yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan untuk memastikan anda bebas dari belenggu kesakitan lutut dan sendi. 

Set Kesihatan Sendi Shaklee terdiri daripada tiga jenis supplemen iaitu, Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan OsteMatrix.


Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap suplemen dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:

Advanced Joint Health Tablet 

~ Membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.


OmegaGuard

~ Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.


OsteMatrix 

~ Adalah suplemen Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!

Dengan ketiga-tiga suplemen ini insyaAllah, sakit lutut, sendi dan tulang  akan berkurangan dan anda akan lebih bebas untuk bergerak. Jom hadiahkan kepada ibubapa tersayang, agar mereka dapat bebas untuk bergerak tanpa rasa sakit.

Tips kurangkan sakit lutut


➜ Aktif menggerakkan sendi lutut akan memperkukuhkan kekuatan sendi berbanding banyak berehat membuatkan otot lebih lemah. 

➜ Lakukan senaman selamat dan sesuai untuk saakit lutut.

➜ Elakkan aktiviti berjalan di permukaan keras dan tidak rata. Seeloknya pilih kawasan padang untuk berekreasi dan pegang penghadang ketika naik dan turun tangga bagi mengelakkan tekanan berterusan pada kaki.

➜ Amalkan "RICE" (Rest, Ice, Compression dan Elevation - Rehat, Ais, Mampatan dan Meninggikan). Ia baik untuk mengurangkan kesan kecederaan ringan pada lutut atau keradangan akibat artritis.

➜ Rehatkan lutut apabila perlu. Letak ais untuk mengurangkan bengkak, pakai pembalut mampat dan rehatkan lutut pada paras lebih tinggi daripada pinggang.

➜ Kekalkan berat badan ideal atau bersesuaian. Lebih berat badan, lebih tinggi tekanan yang perlu ditanggung lutut.

➜ Pilih kasut yang mempunyai pelapik tambahan dan berupaya mengurangkan tekanan pada lutut.

➜ Elak senaman bertekanan seperti berlari, melompat dan kickboxing. Panaskan badan dahulu sebelum bersenam. Elak kawasan berbukit dan aktiviti impak tinggi seperti berlari dan melompat kerana ia boleh memburukkan lagi sakit lutut.

➜ Guna ais atau pek haba. Ais membantu melegakan kesakitan dan bengkak, manakala pek haba panas membantu meringankan ketegangan. 

➜ Mandi air panas pada waktu pagi atau sebelum tidur pada waktu malam juga boleh membantu.


Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :













➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam ➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 

Tips Memilih Vitamin E terbaik

Antara garis panduan utk memilih Vitamin E adalah ;


1. Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi (boleh lihat pada label.. ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi. satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia)

2. Cari perkataan mixed tocopherol dlm label

3.Pilih Vitamin E yg berserta Selenium. Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan




VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE




Vita-E complex™ mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.
Setiap kapsul gel lembut memberikan:

• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :



➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Tips Merangsang Kehamilan & Makanan Tambahan yang disarankan

TIPS  Kehamilan & Makanan Tambahan


Kehamilan dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat seorang wanita.  Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.

Namun, bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.

Pokoknya, jangan pernah terfikir untuk berhenti berusaha!


Bagi anda yang tergolong dalam kategori sukar untuk hamil ini. Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeki dari Allah  untuk bakal ibu dan ayah.

10 Tips Meransang Kehamilan

Barangkali TIPS ini boleh membantu anda. Tiada salahnya untuk anda mencuba tips berikut ;

➜ Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.

➜ Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.

➜ Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum. Sematkan dalam ingatan! 

➜ Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.

➜ Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.

➜ Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.

➜ Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!

➜ Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.

➜ Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Setelah kita berusaha dengan segala petua dan tips yang disarankan, justeru mintalah pada Allah yang Maha Berkuasa. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan oleh kita sebagai muslim adalah seperti berikut:

Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)

Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (QS. Ali Imran : 38)

رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)

Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)

Doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam:

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)

Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.”(QS. Ash Shafat : 100)


Anda boleh mengambil set kesuburan yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami dan isteri:


1) Zinc Complex

Zink memberi kesan terhadap pelbagai hormon termasuklah hormon seksual, hormone tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tidak aktif . Kekurangan zink juga dikatakan antara sebab kemandulan. Istilah yang digunakan adalah “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia mempengaruhi bilangan sperma (sperm count) dan pergerakan sperma (sperm motility). Justeru, zink ini memang penting untuk meningkatkan kesuburan.

2) Vitalea 

Pengambilan Vitalea adalah bagi memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Kebiasaanya, pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak fakto dan kekangan. Uniknya, Vitalea atau multivitamin Shaklee mengandungi formula iron yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex

Memainkan peranan paling penting bagi mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk menstabilkan hormon. Vitamin B Complex Shaklee ini turut mengandungi Asid Folik dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 

Vitamin E membantu meningkatkan hormon seks sama ada untuk  lelaki mahupun wanita. Keunikan Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya turut mengandungi silenium berbanding lambakan Vitamin E lain di pasaran yang dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung dalam masa yang sama boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex

Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex

Alfalfa ini turut dikenali sebagai vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri kerana fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :



➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

RAMBUT MAHKOTA WANITA

Suburkan Rambut Anda!


Jom review produk Set penjagaan rambut Shaklee ni dikenali juga sebagai ProSante adalah bebas kimia, dan selamat untuk digunakan.



 1) Nourishing Scalp Treatment 

• Memyelesaikam semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala. 
• Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
• Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
• Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
• Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak

Perbezaan ShakleeProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSante


2) Revitalizing Shampoo Humektan 

• Bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
• Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
• Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.


3) Purifying Shampoo

• Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
• Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
• Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.


4) Lightweight Conditioner

• Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
• Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat,sihat
• Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus


5) Replenishing Conditioner

• Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
• Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
• Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi


6) Long Lasting Finishing Spray 

• "Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah
• Memberikan perlindungan UV
• Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.


Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut yang dihadapi.

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:

1.Revitalizing Shampoo 
2.Lightweight Conditioner
 3.Nourishing Scalp Treatment
 (note : set ni boleh digunakan secara harian)

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur(juga boleh untuk rambut gugur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak) anda boleh gunakan set berikut:

1.Purifying Shampoo 
2.Replenishing Conditioner 
3.Nourishing Scalp Treatment 
(note : set ni utk kegunaan 1-2x seminggu..bukan harian)


Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan. 

Shaklee memilih bahan-bahan seperti ;

✔️ Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut
✔️ Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat
✔️ Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain. Dan juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.

Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :




➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

WATER PITCHER

MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER




Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat

Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!

✔️ Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!

✔️ Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!

✔️ Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.

✔️ Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama
Pilihan Bijak!

✔️ Hanya beberapa sen bagi seliter air
✔️ Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
✔️ Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras-tidak memerlukan kuasa elektrik
✔️ Ringan dan mudah dibawa
✔️ Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE


SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.


PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos

Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.


HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.


MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar

Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar

Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :



➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

PERSEDIAAN UNTUK PENYUSUAN SEJAK HAMIL

Penyusuan Ekslusif untuk bayi anda


Menyusukan sendiri bayi saat yang dinantikan oleh ibu. Hakikatnya semua ibu boleh menyusukan anaknya melainkan terdapat masalah-masalah tertentu. Dalam usaha merealisasikan impian itu, anda perlu maksanakan persiapan awal sejak dari awal usia kehamilan.


Ramai beranggapan penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semula jadi. Hakikatnya, ia perlu dipelajari. Tanpa adanya ilmu yang mencukupi, dikhuatiri anda akan terkandas di pertengahan jalan nanti.

1) Hadiri kelas penyusuan
➜ Menghadiri kelas penyusuan semasa hamil. Anda boleh memilih kelas penyusuan di hospital atau klinik kerajaan yang sering diadakan secara percuma. Anda juga boleh memilih kelas berbayar di mana kebanyakannya dikendalikan oleh kaunselor laktasi bertauliah. Sebaik-baiknya hadir ke kelas berkenaan bersama-sama suami supaya dia turut memahami konsep penyusuan susu ibu, sudah tentu anda mendapat sokongan padu daripadanya.

2) Pemakanan sihat
➜ Apabila anda mengamalkan pemakanan sihat semasa hamil, ia membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Lalu, memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sejak bayi dilahirkan. Pada masa yang sama, memastikan keperluan kalsium da protein dalam tubuh mencukupi.

3) Peralatan penyusuan
➜ Persediaan peralatan penyusuan susu ibu adalah sangat penting dalam memastikan anda dapat menyusukan bayi dengan lancar. Hal ini terutamanya bagi ibu bekerjaya. Antaranya ialah pam payudara, coli penyusuan, pelapik payudara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan, peti sejuk dan lain-lain.

4) Kebersihan puting
➜ Bersihkan puting setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya. Namun, elakkan menyapu sabun di bahagian puting. Langkah ini sangat penting terutamanya di trimester terakhir kerana kolostrum sudah mula terhasil. Jika tidak dibersihkan sebaik-baiknya, ia dikhuatiri tersumbat. Dalam pada itu, anda boleh juga menarik dan mengurut puting perlahan-lahan ataupun menyikat kedua-dua belah payudara menggunakan sikat secara perlaha-lahan.

5) Kenali payudara
➜ Anda perlu mengenali payudara sendiri. Perkara ini nampak remeh tetapi memberikan impak  besar. Ia membolehkan anda mengetahui sama ada anda mempunyai puting tenggelam atau normal. Cara pemeriksaannya mudah dan boleh dilakukan ketika mandi. Tekan puting payudara dengan tapak tangan selama dua minit dan lepaskan. Jika puting kembali seperti biasa, bermakna payudara anda normal. Jika hampir seminit menunggu tiada apa-apa perubahan, itu bermakna anda mempunyai masalah puting tenggelam. Apabila sudah mengetahui masalah payudara, ia memudahkan anda  penyelesaian awal agar lebih bersedia dengan segala kemungkinan yang ada.

6) Niat
➜ Pasang niat dan mula berazam untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan sejak anda mula disahkan hamil. Setelah azam ditanam, jangan lupa suburkannya dengan motivasi menerusi pembacaan, perkongsian pengalaman dan sebagainya. Dengan niat dan azam yang kuat, anda tidak mungkin mudah berputus asa. Segala rintangan dan dugaan pasti sanggup anda harungi jika niat dan azam diutamakan melebihi segala-galanya.

7) Berdoa
➜ Sentiasa berdoa dipermudahkan proses perjalanan penyusuan anak anda. Dia suka mendengar doa hamba-Nya. Jadi, selalu dekatkan diri kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi Rezeki yang bakal anak anda peroleh nanti iaitu susu ibu.


TIPS PEMAKANAN SUNNAH 
Amalkan jenis makanan berkenaan semasa hamil setiap hari. Amalan sebehini diharap dapat membantu anda mempersiapkan tubuh agar dapat menyusukan bayi setelah lahor kelak dengan jayanya.
➜ 11 biji kurma
➜ Tujuh biji kismis
➜ Madu

Sumber : Mingguan Wanita


Ingin mendapatkan suplemen tambahan untuk penyusuan 

Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :


➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Cegah sakit sendi dengan Shaklee

Advance Joint Health Tablet






Tahukan anda? Satu daripada lima orang di Malaysia akan mengidap penyakit arthritis. 

Apa itu Arthritis?

Athritis adalah salah satu jenis penyakit sendi yang juga dikenali sebagai penyakit radang sendi. Arthritis juga merupakan penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Pada usia 30 sehingga 50 tahun, seseorang itu akan lebih berisiko untuk mendapat penyakit ni, Wanita yang belum mengalami putus haid pula adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit Arthritis ini berbanding kaum lelaki.

Simptom-simptom sendi yang tidak sihat :




> Ketegangan
> Lenguh
> Bengkak
> Kesakitan
> Berkeriut atau bunyi klik bising

Jenis - jenis sendi yang tidak sihat :

Arthritis
Rheumatoid arthritis (RA) 


• Keradangan berlaku apabila bendalir sinovia diserang oleh sel darah putih teraktif, menyebabkab bahan kimia tertentu dilepaskan ke dalam bendalir.
• Minyak-minyak ikan atau herba seperti Boswellia membantu penghidap RA . 


Osteoarthritis (OA) 


• Kemerosotan tulang rawan menyebabkan kesakitan apabila tulang-tulang gosok antara satu sama lain. 
• Glukosamina membantu melambatkan kehilangan tulang rawan.


Seliuh



• Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. 
• Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak. 


Tendinitis



• Kecederaan pada sekitar ligamen satu sendi. 
• Bila ligamen diunjurkan terlalu jauh atau koyak, sendi menjadi sakit dan bengkak.





Jangan biarkan sakit sendi dan lutut ini menganggu pergerakan orang tersayang kita...kecil pelaburannya tapi besar manfaatnya. Jadikan hadiah setiap bulan untuk ibubapa kita.

Pencegahan awal boleh menjadikan kita sihat pada masa akan datang. Sama ada kita penghidap sakit sendi atau pun tidak, adalah penting  mendapatkan nutrisi sendi seiring dengan peningkatan usia.


Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :




➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

Tips Hadapi Healing Crisis

Apa itu healing crisis?


Ramai di antara kita yang mengalami healing crisis apabila mula mengamalkan supplement tambahan.


Healing crisis ialah satu proses penyesuaian dalam badan apabila mula mengambil supplement tambahan. Simptom-simptom healing crisis adalah seperti tumbuhnya jerawat,selera makan bertambah dan ini membuatkan kita jadi risau dan membuatkan kita memberhentikan pengambilan supplement. 

Tapi sebenarnya ia adalah satu tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat(supplement) dibekalkan dengan mengejut dalam badan kita,maka terjadinya healing crisis.
Dalam jangka masa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh badan kita dahulu akan muncul kembali. Biasanya ia terjadi untuk beberapa hari saja. Walaupun begitu, ada yang perlukan masa yang lebih lama disebabkan immunisasi badan yang lemah.

Hal ini disebabkan oleh toksin yang telah berkumpul dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama - seperti sisa sisa makanan berkimia, lemak, stress ditambah dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan menyahtinjaan serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu penyahtinjaan ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar ) cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa panas, berpeluh dan sebagainya. simptom-simptom ini berbeza di antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu sahaja.



Makanya, minumlah banyak air masak,mineral water maupun drinking water. 5 cawan sehari tu tidak dikira banyak ye. Minum air at least 2 liter-3 liter sehari. Kerana badan kita boleh menerima air sehingga 4liter sehari. Tidak perlu ambil sekali gus, Boleh minum sikit-sikit tetapi berterusan. Anda juga perlukan rehat secukupunya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. 

Contoh healing crisis yg dialami oleh aku adalah seperti di bawah. Setiap orang,healing crisis dia berbeza beza ye. Tak sama.


Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :


➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...