Showing posts with label SHAKLEE SABAK BERNAM. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE SABAK BERNAM. Show all posts

Tips Hadapi Healing Crisis

Apa itu healing crisis?


Ramai di antara kita yang mengalami healing crisis apabila mula mengamalkan supplement tambahan.


Healing crisis ialah satu proses penyesuaian dalam badan apabila mula mengambil supplement tambahan. Simptom-simptom healing crisis adalah seperti tumbuhnya jerawat,selera makan bertambah dan ini membuatkan kita jadi risau dan membuatkan kita memberhentikan pengambilan supplement. 

Tapi sebenarnya ia adalah satu tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat(supplement) dibekalkan dengan mengejut dalam badan kita,maka terjadinya healing crisis.
Dalam jangka masa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh badan kita dahulu akan muncul kembali. Biasanya ia terjadi untuk beberapa hari saja. Walaupun begitu, ada yang perlukan masa yang lebih lama disebabkan immunisasi badan yang lemah.

Hal ini disebabkan oleh toksin yang telah berkumpul dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama - seperti sisa sisa makanan berkimia, lemak, stress ditambah dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan menyahtinjaan serta pengawalan organ-organ kita.

Pada waktu penyahtinjaan ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar ) cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa panas, berpeluh dan sebagainya. simptom-simptom ini berbeza di antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu sahaja.



Makanya, minumlah banyak air masak,mineral water maupun drinking water. 5 cawan sehari tu tidak dikira banyak ye. Minum air at least 2 liter-3 liter sehari. Kerana badan kita boleh menerima air sehingga 4liter sehari. Tidak perlu ambil sekali gus, Boleh minum sikit-sikit tetapi berterusan. Anda juga perlukan rehat secukupunya dan makanlah lebih sayuran dan buahan. 

Contoh healing crisis yg dialami oleh aku adalah seperti di bawah. Setiap orang,healing crisis dia berbeza beza ye. Tak sama.


Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :


➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak


Pengambilan Vitamin Bantu Kurangkan Masalah Jeragat

Suplemen Penting Untuk Kecantikan


VITAMIN C ❀
➜ Penting dalam pembentukan kolagen. Ramai wanita mengamalkan produk kolagen, walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tingi kandungan Vitamin C dapat membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik

VITAMIN E
➜ Terkenal sebagai vitamin awet muda, ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu Vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan jeragat pada kulit selain pengambilan Beta Carotena

PROTEIN ❀
➜ Membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.

SET KECANTIKAN SHAKLEE



Sustained Release Vita C Plus 
 Antioksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.


 Vitamin E Complex 
 Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.


 ESP Soy Protein Isolate Powder 
 Diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki semula struktur kulit.

Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya


Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :




➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

KETAHUI WAKTU SUBUR UNTUK HAMIL

MENGIRA WAKTU SUBUR


Assalamualaikum Warahmatullah.

Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.

Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.

KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-

1. Untuk memudahkan mendapat zuriat

2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan. 

Hari 5-13


Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?




Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. 

Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. 
Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. 
Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT


Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.

Artikel ---> KREDIT TO DR.AZWAN 

Kalau nak senang lagi, takmo kira manual, anda boleh je download aplikasi dari apple store / play store..


 Masuk kn detail korg, bile date period.. Dia akn calculate utk korang.. Senang kan.. Huhuuu, Selamat Mencuba, Chaiyok Chaiyokkk 


Tercari-cari suppliment untuk membantu mengatasi masalah kesuburan, meh klik sini --> http://ezafahizabuddies.blogspot.com/2014/05/set-kesuburan-shaklee.html?m=1

Cinch Energy Tea Mix

Meningkatkan Tenaga anda



Teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung jepun) dituai dan dicampurkan dengan teliti bagi menghasilkan minuman yang luara biasa. ia memberi anda tenaga tambahan semulajadi fan rasa nyaman.

• Penggalak tenaga semulajadi. Enak dinikmati ketika panas atau sejuk
• Ditambah dengan taurina yang dikaji secara meluas dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
• Pilihan terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh
• Eksklusif T-Lift - Campuran teh hijau, putih dan merah
• Tanpa gluten, tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna dan bajan pemanis

Kebaikan ;

~ Rendah kandungan kafein
~ Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
~ Membantu mengurangkan kolestrol
~ Melindungi jantung dan peredaran darah
~ Anti Bakteria dan antiviral
~ Mengurangkan gula dalam darah. membantu mengurangkan gejala kencing manis
~ Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
~ Membantu melawan penyakit seperti asma dan mengembangkan saluran pernafasan
~ Bagus untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan
~ Membantu meningkatkan metabolisma
~ Meningkatkan tenagan dan ketahanan badan



Roshaiza Husni
Shaklee Independent Distributor (id : 956964)
Contac No / W.apps : 016 666 4584 (eza)
Email : ezafahiza@gmail.com





MIGRAIN

Jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  1. Kekurangan zat dan nutrisi
  2. Faktor keturunan
  3. Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  4. Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  5. Terlalu banyak mengambil kafein
  6. Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.

Pengambilan ubat-ubatan pula boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.

Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.


Supplement / Vitamin untuk Migrain


★ Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)


Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



★ B Complex Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine)



Telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya. Ia juga membantu memelihara kesihatan yang baik serta membantu menukarkan protein, lemak & karbohidrat kepada tenaga.

KESIHATAN BERMULA DARI PENGGAMBILAN NUTRISI YANG BAIK


Shaklee Independent Distributor
PM / Text / WhatsApp 0166664584 (eza)
ID : 956964
email : ezafahiza@gmail.com

FB : https://www.facebook.com/roshaiza.husni?ref=tn_tnmn
Instagram : http://instagram.com/ezafahiza

1st Entry ~ Salam Perkenalan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera






Bismillahirrohmanirrohim... 

Memandangkan nie entry pertama saya, so dengan ini saya nak memperkenalkan diri sebagai PENGEDAR SAH SHAKLEE dikawasan Sekinchan, Sg.Besar, Tg.Karang, Kuala Selangor serta kawasan yang sewaktu dengan nya.. pon boleyyy. So kepada awak semua yang masih tercari-cari Shaklee Independent Distributor (SID) yang sah di kawasan Sekinchan dan kawasan yang berhampiran dengan nya apa tunggu lagi, awak semua dialu-alukan untuk terus menghubungi saya, jangan malu jangan segan hokey InsyaAllah saya akan memberikan service terbaik dan harga yang istimewa serta konsultasi percuma kepada awak semua. So apa tunggu lagi... ;)



Sebelum nie pon saya hanyalah pengguna shaklee, xtaw la acane ley tergerak ati nk try dan ternyata produk shaklee ini sgt bagus.So saya pon ingin berkongsi dengan uolls kebaikan vitamin / suppliment dari Shaklee ini. Untuk keterangan lanjut tentang produk Shaklee ini uolls voley godek-godek blog upline ai juge (klik) ---> http://ibuddd2010.blogspot.com/


Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. BERSAMA MEMBINA KEHIDUPAN YANG LEBIH SIHAT DENGAN SHAKLEE.



Shaklee Independent Distributor
PM / Text / WhatsApp 0166664584 (eza)
ID : 956964
email : ezafahiza@gmail.com


FB : https://www.facebook.com/roshaiza.husni?ref=tn_tnmn
Instagram : http://instagram.com/ezafahiza







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...