Showing posts with label SHAKLEE BRUNEI. Show all posts
Showing posts with label SHAKLEE BRUNEI. Show all posts

KENAPA VITAMIN SHAKLEE MENJADI PILIHAN MASA KINI?

KENAPA VITAMIN SHAKLEE MENJADI PILIHAN MASA KINI?

Pengalaman kakak sendiri la, sebelum kenal Shaklee memang tak pernah makan apa-apa vitamin, pencuci dan krim muka kakak pakai pelebli je dari sekolah memang seti adengan pelebli. kakak takde masalah kulit muka jerawat, cuma warna kulit tak sekata dan berbelang-belang dan kulit kakak jugak kering, jenuh sapu losyen, yang mahal yang murah yang masuk iklan kat tv semua dah cuba tetap tak jalan jugak.

Produk pertama Shaklee yang kakak beli is Nutriferon, kenapa? sebab suami kakak mudah demam dan dia kalau demam mesti pakej batuk dan selesema sekali dapat. Dalam sebulan paling kurang dua kali mesti demam. Jadinya kakak cuba ikhtiar dengan Nutriferon, semoga kesihatan dia akan lebih baik dan alhamdulillah sekarang tak kerap demam, sebulan sekali pun kadang tak ada virus demam singgah.

KENAPA VITAMIN SHAKLEE MENJADI PILIHAN MASA KINI?
Produk Shaklee adalah vitamin, bukan ubat. Walaupun ia terbukti secara sintifik menyihatkan pengguna lain, tidak bermakna ia pasti menyembuhkan anda. 

Sekarang kakak sangat jatuh cinta dengan produk-produk Shaklee. Kulit kakak dah takde kala bertona-tona, kulit dah tak kering (lembab dan lembut gitu), kakak rasa lebih sihat dan tak cepat letih walaupun sibuk uruskan kerja dan anak. Alhamdulillah.

Selain itu, sebabnya produk Shaklee ada landmark study. Kajian yang Shaklee buat menunjukkan golongan yang mengamalkan vitamin Shaklee lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengamalkan apa-apa vitamin dan juga mereka yang makan vitamin jenama lain. Shaklee buat banyak kajian tentang produk mereka walaupun syarat untuk mengeluarkan suplemen tidak memerlukan kajian tersebut pun. Shaklee juga ada sekumpulan saintis hebat yang ada pengalaman membuat banyak kajian dan publisher.

Produk Shaklee juga menjadi pilihan Atelit Olimpik. Para atelit ni memang kena jaga pemakan, kena jaga apa yang mereka makan supaya mereka tidak akan 'sangkut' kerana apabila ingin turun bertanding mereka ini akan melalui ujian doping untuk memastikan mereka bersih dari mengambil bahan-bahan terlarang. Kadang-kadang mereka takda pun nak ambil bahan-bahan terlarang, tetapi mungkin bahan-bahan tersebut ada didalam suplemen yang mereka makan. Jadi ini terbukti produk Shaklee adalah selamat dan tidak mengandungi bahan terlarang. So, kita memang boleh ambil tanpas was-was.

Shaklee juga telah dipilih oleh NASA untuk membuat satu produk untuk angkasawan mereka. Nampak tak betapa clean nya cara penghasilan produk Shaklee sehinggakan NASA juga percaya dengan para saintis Shaklee untuk menghasilkan produk bagi angkasawan.

kajian terhadap telomera yang dijalankan oleh Elizebert Blackburn yang telah membuktikan bahawa pengamal vitamin Shaklee lebih panjang telomeranya berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Telomera ni adalah perlindungan atau 'cap' kepada DNA. Sekiranya DNA kita rosak, maka dengan mudahnya kita akan dapat pelbagai jenis penyakit.

KENAPA VITAMIN SHAKLEE MENJADI PILIHAN MASA KINI?


Banyak lagilah sebab lain yang membuatkan kakak sangat jatuh cinta dan setia dengan Shaklee. Kornag yang nak mencuba produk Shaklee boleh whatApps kakak 016.666.4584 untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pesanan.


***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan





PENGEDAR SHAKLEE


CARA MUDAH ATASI BENGKAK SUSU

CARA MUDAH ATASI BENGKAK SUSU

Bengkak susu, rata-rata ibu selepas bersalin mengalaminya, terutama bagi kita yang melalui pengalaman pertama, aduh peritnya tak terjangkau dek akal. Pertama kali melaluinya, perit Allah saja yang mengetahuinya. Bengkak susu satu hal, puting luka plak, siap berdarah bagai... auchhhh

Kata orang dulu-dulu, kalau yang tak kuat boleh sampai demam.. dan lepas tu susu pon akan drop lahhh.. dan mula lah kita menggelupur kata susu tak cukup dan topup susu fm. 

CARA MUDAH ATASI BENGKAK SUSU

Petua orang dulu-dulu, kalau nak atasi bengkak susu guna kobis. Kakak pon letak daun kobis kat dalam deep frezerr nak bagi cepat sejuk dan keras... hahahaha, pastu letak kat breast... sejuk wehhh.. kikikiiii. Pastu guna sikat lah, nak bagi melancarkan pengeluaran susu katanya. Ikut jelahhhh sebab tak tahan nak tanggung sakitnya.


Bagaimana Lecithin Shaklee dapat membantu menangani bengkak susu?


Biasanya bengkak susu ini disebabkan oleh ada duktus susu yang tersumbat, dimana satu terdapat satu kawasan pengaliran susu di dalam payudara yang terhalang. Keadaan tersumbat ini boleh berlaku di permukaan puting, atau juga boleh berlaku jauh kedalam sistem duktus. Duktus tersumbat ini biasanya berulang secara berkala dan biasanya berlaku pada sebelah payudara sahaja. Ada sesetangah ibu yang mengalami bengkak susu sehingga mengakibatkan mastitis, sehingga perlu menjalani pembedahan untuk membuang breast abscess tersebut.

Lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat kerana lecithin membantu mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Lecithin ialah sejenis pengemulasi lemak dan minyak. Lecithin banyak digunakan sebagai adif makanan dan turut dijumpai secara semulajadi dalam pelbagai makanan.

Suplemen Lecithin sesuai untuk ibu menyusu sehingga ke hari ini, tiada sebarang kontraindikasi dilaporkan sekiranya Lecithin diamalkan oleh ibu menyusu

Cadangan Pengambilan Lecithin?

Sekarang ni kakak dah jumpa kaedah yang mudah untuk menangani masalah bengkak susu iaitu dengan mengamalkan pengambilan Lecithin Shaklee kerana Lecithin ini berperanan untuk mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat. So, selepas bersalin kita boleh terus mengamalkan Lecithin Shaklee ini bagi mengelakkan terjadinya bengkak susu.

Pakar laktasi Kelly Bonyata (IBCLC) dalam artikelnya mencadangkan Lecithin sebagai rawatan recurrent plugged ducts.Dos yang dicadangkan adalah seperti berikut ;

• 3.600 hingga 4,800mg Lecithin sehari
• Selepas 1 hingga 2 minggu tanpa sebarang blockage, kurangkan dos kepada 1.200mg sehati
• Jika dalam 2 minggu kemudian tiada blockage juga, ibu boleh kurangkan lagi jumlah dari 1,200mg.


Penting : Ibu mungkin perlu meneruskan pengambilan  1,200 - 2,409mg kapsul Lecithin sehari selama yang mungkin, jika sekiranya dengan menfhentikan pengambilan Lecithin akan menyebabkan pembentukan diktus tersumbat lagi.

CARA MUDAH ATASI BENGKAK SUSU
PROMO FEBRUARI 2017

Pssstt : Pengambilan Lecithin dan Alfalfa Complex dapat membantu menurunkan berat badan ibu selepas bersalin. Jom dapatkan dengan harga promo Beli1 Percuma1 sepanjang Februari ini!

Untuk maklumat lanjut berkenaan Lecithin atau berminat untuk mendapatkannya hubungi kakak melalui whatsapp +60166664584 ;)




***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan





PENGEDAR SHAKLEE

BAHAYA DEMAM DENGGI

BAHAYA DEMAM DENGGI

Assalamualaikum... Haiii, hari ni nak cite pasal bahaya demam denggi !! Rasanya ramai yang tahu denggi tu bahaya, sesetengah demam denggi boleh bawa maut. Dalam perubatan demam denggi masih belum ada ubat khusus lagi. Sebab itu mereka yang disahkan mengalami demam denggi akan dimasukkan ke hospital supaya doktor boleh memeriksa dan memantau paras platlet dan sel darah putih setiap hari. Biasanya doktor akan cucuk jarum untuk memasukkan drip bagi mengelakkan pesakit daripada mengalami dehidrasi yang berpunca daripada penurunan paras platlet dan doktor akan tunggu badan hasilkan antibodi sendiri untuk melawan virus denggi.

Tapi dari pengalaman mereka yang pernah kena demam denggi mengatakan makan SUP KETAM, MINUM AIR 100 PLUS, MAKAN ANGGUR HITAM, MINUM AIR REBUSAN  PUCUK BETIK (rasanya ramai yang tak sanggup nak telan air pucuk betik) huhuuu.

BAHAYA DEMAM DENGGI

Apapun kita harus perangi nyamuk aedes, sebelum nyamuk aedes ini buat kita menderita sakit, kita hapuskan dulu tempat-tempat pembiakan dia. 

BAHAYA DEMAM DENGGI

TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI LUAR RUMAH.

  • Bekas air minuman burung atau binatang ternakan.
  • Tin-tin dan botol.
  • Saluran air hujan.
  • Kolam ikan terbiar.
  • Tempurung kelapa.
  • Tayar terpakai.
  • Pasu bunga.
  • Bekas plastik.

TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES DI DALAM RUMAH.

  • Tangki pam tandas.
  • Tempat simpanan air.
  • Pasu bunga perhiasan.
  • Perangkap semut.
  • Takungan air peti sejuk.

Minggu lepas 1 rumah adik ai diserang denggi, asben, anak, dengan dia sekali masuk ward... Bermalam la sekeluarga kat Hospital Serdang. Anak kat tingkat 5, asben kat tingkat 4, dia kat tingkat 7. Kami yang datang melawat ni jenuh la naik turun naik lift.. Hadoiii, rase nak patah kaki, menjadi runner kat sepital tue. 


BAHAYA DEMAM DENGGI


BAHAYA DEMAM DENGGI

Alhamdulillah hari ni, semua dah boleh balik. Nasib 5 hari je kat hospital, tue pon hari-hari tanye dokter bila nak balik.. Hahahahaaa.

Tapi lepas ni kene berumah tangga dekat KPJ Kajang plak, sebab adik lagi sorang yang duduk rumah sama tu pulak admit sebab nyamuk aedes ni!! Tetengah malam la pegi hospital... Bertabah la wahai adik. Hope tak lama, be strong like  Zara. 


BAHAYA DEMAM DENGGI



BAHAYA DEMAM DENGGI


Jom ketahui simptom-simptom demam denggi


BAHAYA DEMAM DENGGI

So, kalau korang ade mengalami simptom-simpom macam ni, dapatkan rawatan segera ok, kerana demam denggi yang berlarutan boleh menjadikan denggi berdarah yang boleh membunuh!! 

Bagaimana Suplemen Shaklee membantu merawat demam denggi?

Dengan pengambilan vitamin Shaklee, ia membantu badan lebih cepat hasilkan antibodi yang diperlukan untuk lawan virus denggi dan rawat demam denggi dengan cepat.

BAHAYA DEMAM DENGGI

• NUTRIFERON
- Membantu badan mempercepatkan penghasilan antibodi untuk melawan virus denggi.

• PERFORMANCE DRINK
- Membantu mengawal paras elektrolit dalam badan dan mengelakkan badan kehilangan air (dehidrasi)

Berminat? Perlukan konsultasi mengenai suplemen yang sesuai untuk anda, hubungi saya melalui WhatsApp +60166664584 - eza

Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil suplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.


***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan



BAHAYA DEMAM DENGGI

CAROTOMAX SHAKLEE | Membantu Mengatasi Masalah Mata

Carotomax Shaklee sebagai Vitamin Untuk Mata Sihat


Setiap dari kita mesti mahukan mata kita sentiasa sihat walaupun kadangkala kita lupa untuk menjaga mata dengan baik sebenarnya. Bagi yang mengalami masalah mata silau, rabun dekat dan jauh serta masalah katarak,glaucoma, gegelung mata hitam, mata kering dan sebagainya, mesti tercari-cari apakah supplemen ataupun vitamin yang sesuai untuk mata anda...Saya ada jawapan untuk masalah mata anda..



Apa itu Carotomax Shaklee?

Carotomax adalah beta karotena merupakan prekursor vitamin A yang didapati selamat untuk pengambilan berbanding vitamin A. 

Carotomax mengandungi 6 variati karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioksidan seperti:-
~ rumpai laut, 
~  tomato,
~ biji anggur,
~ brokoli, 
~ marigold, 
~ epal, 
~ kentang, 
~ minyak sawit dan lain-lain.

Ahli nutrisi telah mencadangkan bahawa pengambilan 5 - 9 hidangan sayuran dan buahan untuk kita mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah. Justeru, dapat memelihara kesihatan penglihatan kita, kesihatan kulit dan juga dapat mencegah dari kanser. 

Bahan-bahan yang digunakan dalam Carotomax Shaklee adalah dari SUMBER SEMULAJADI. Jadi, ia SELAMAT dan InsyaAllah dengan pengambilan yang konsisten dapat mengurangkan masalah mata anda.

Antara Faedah yang akan anda dapat dari pengambilan Carotomax Shaklee ini ialah:-

➜ Lebih Selamat dari Penggunaan Vitamin A. Mempertingkatkan Penglihatan dari masalah silau, rabun dekat dan jauh serta masalah katarak,GLAUCOMA, gegelung mata hitam, mata kering dan sebagainya.

➜ Meredakan penyakit kulit seperti ulser kulit, kulit kering, jerawat dan akne, psoriasis, scabies dan sebagainya

➜Melindungi Epithelial iaitu memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus.

➜ Melawan Kanser dan Oksidasi terutama kanser payudara dan paru-paru. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

➜ Menghalang infeksi dengan merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru iaitu batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema.

TESTIMONI







Berminat untuk mengetahui produk Shaklee dengan lebih lanjut, boleh hubungi saya melalui w.apps di talian ✆+60166664584 (eza)


Untuk pembelian secara online klik sini




Dengan setiap pembelian vitamin shaklee dari saya, anda layak mendapat :-

❀ Jadual Pengambilan  Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Jemputan ke group Facebook Exclusive
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee. Jom tanya saya ^_^




Cara Mengerjakan Solat Dhuha

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA


Rezeki yang melimpah-ruah, halal dan berkat adalah dambaan setiap insan. Namun untuk menjadikannya kenyataan bukanlah sesuatu yang mudah. Ini kerana kekayaan yang bertimbun dan kedudukan yang tinggi tidak menjamin keberkatan hidup yang hakiki.

Sering kita lihat orang yang rezekinya melimpah-ruah membelanjakan kekayaan mereka ke jalan sesat dan mengingkari perintah Allah sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya makan rezeki yang baik dan jangan sesekali mengikut jejak syaitan.

Rezeki yang halal dan berkat bukan sahaja dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati, malah dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat Dhuha. 

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.


Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. 

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.


Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. 

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.


Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. 

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.


Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat

Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). 

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA



Niat Solat Dhuha 




Waktu Mengerjakan Solat Dhuha



Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat Dhuha

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri


CEGAH DAN RAWAT PENYAKIT GOUT

SET SHAKLEE UNTUK PENYAKIT GOUT



Anda masih tercari-cari supplement yang sesuai untuk pesakit gout ??
Jangan risau shaklee boleh membantu anda.. Set Shaklee untuk pesakit gout boleh membantu meredakan sakit yang anda hadapi. Selain itu, anda juga perlu mengetahui punca, makanan yang perlu dielakkan dan cara mengatasi atau sekurang-kurangnya cara untuk meredakan kesakitan..

Gout adalah sejenis penyakit sendi berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang.



Penyakit gout akan bertambah teruk jika pesakit memakin makanan yang tinggi purin seperti organ dalaman haiwan, ikan bilis dan daging. Disebabkan itu adalah penting bagi penghidap penyakit gout untuk mengetahu punya dan sedaya upaya mengelak daripada memakan makanan tersebut .

Pesakit Gout amat memerlukan air yang optimum di dalam badan.Air berfungsi untuk menyikirkan asid urik dari badan.Kandungan air perlu sentiasa optimum di dalam badan.
Shaklee ada menawarkan set supplement untuk penyakit Gout.


Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee adalah:


Alfalfa 
👉 detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Performance Drink 
👉 memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi menggantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega Guard 
👉 mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.


Berminat? Hubungi saya untuk konsultasi & harga produk juga :



➲ COD Area : Kuala Selangor, Tanjong karang, Sekinchan, Sungai Besar, Sabak Bernam
➲ Pos : Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...