MASALAH KULIT MUKA, RESDUNG DAN JERAWAT
Resdung dan masalah kulit muka yang berjerawat memang tidak dapat dipisahkan, kebanyakan yang mengalami masalah kulit muka dan jerawat yang teruk mengidapi masalah resdung. Resdung ini juga dikenali sebagai sinusitis iaitu sejenis penyakit radang yang terjadi pada rongga sinus yang menyebabkan jangkitan kuman.
Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus.Selalunya sinusitis berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kala ia bermula dengan jangkitan virus yang menyebabkan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.
Jika anda sering bersin, terutama diwaktu pagi apabila bangun tidur atau dikala cuaca agak sejuk mungkin anda adalah penghidap rensdung. Begitu juga jika anda alah dengan habuk dan asap apabila dengan begitu mudah anda akan bersin.
Apabila anda asyik bersin sahaja, anda akan merasa terganggu, segala kerja anda akan terhenti malah jika sedang solat, ia akan mengganung anda untuk khusyuk bukan sahaja pada diri sendiri juga kepada orang sekeliling. Penyakit resdung ini akan menjadi bahaya apabila ia sampai ke tahap kronik yang boleh membawa kepada maut.
1. Sinusitis Akut
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan hidung tersumbat. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan.
Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik. Antara ciri-cirinya ialah :
- Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
- Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
- Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.
2. Sinusitis Kronik
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
Individu yang berisiko tinggi untuk menghidap Resdung:
Jom Shaklee... Live Well, Be Well ;)
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
- Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
- Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
- Kerap bersin pada waktu pagi
- Ada kalanya hidung tersumbat
- Tanpa demam tetapi hingus bertambah
- Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
- Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busukAda kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
Gejala-gejala resdung (sinusitis)
- Hidung selalu tersumbat
- Lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya
Mereka Yang Berisiko
- Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat
- Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
- Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
- Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko untuk mendapat resdung kerana ia menyumbat sinus.
Kesan serta kemudaratan jika penyakit resdung ini dibiarkan dan menjadi bertambah kronik.
- Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
- Jangkitan otak
- Sakit tekak yang kronik
- Jangkitan tulang muka
- Lelah yang kian teruk
- Berdengkur secara kronik
- Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
- Alahan hidung
- Selsema biasa yang melarat
Cara Mengurangkan Gejala & Komplikasi Resdung
Gejala dan komplikasi resdung ini dapat dikurangkan dengan cara berikut namun sebaik-baiknya dapatkan rawatan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu agar ianya tidak mendatangkan implikasi sampingan atau menjadi bertambah teruk:
- Rehat yang cukup
- Bernafas dalam wap panas daripada semangkuk air (boleh tambah sedikit minyak angin)
- Makan ubat penahan sakit
- Ambil ubat selesema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
- Makan antibiotik sekiranya penyebab adalah bakteris
- Steroid nasal spry 9dapat mengurangkan bengkak dan radang)
- Penggunaan Antihistamin dalam jangka masa panjang
- pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus
Mencegah Resdung
Paling penting cara untuk menghalang dari terkena resdung ini adlah menjauhi akan punca-punca penyakit ini. Berusahalah menghindar dari perkara-perkara berikut:
- Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
- Pastikan kelembapan di rumah baik.
- Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara.
- Berhenti merokok.
- Hindari alkohol.
- Ambil ubat selesema sebelum berenang/menyelam.
Merawat Resdung
Sekiranya anda menghidap penyakit Resdung ini, cubalah untuk merawatnya dengan segera sebelum ianya menjadi kronik. Tidak salah mencuba kerana tidak semua rawatan itu akan berjaya dan serasi maka ikhtiarlah tanpa putus asa.
Testimoni Resdung sembuh selepas ikhtiar dengan produk Shaklee
Jom Shaklee... Live Well, Be Well ;)
Info lanjut dan pesanan produk Shaklee whatsapp kakak 016.666.4584
***************************************************************************************************************
Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;
❀ Jadual Pengambilan Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee
No comments:
Post a Comment