PRODUK PENJAGAAN WAJAH YANG SELAMAT DAN BERKESAN
Sejak kebelakangan ini heboh tentang produk penjagaan wajah yang mengandungi bahan berbahaya yang tidak sesuai untuk kegunaan harian yang terdapat didalam beberapa produk keluaran tempatan.
Sebelum anda nak calit apa-apa brand skincare cek dulu isi kandungan produk tersebut. |
Apa sebenar bahan beracun dalam kosmetik ini dan bagaimana kesannya? Kosmetik beracun dan berbahaya ini kebiasaannya mengandungi bahan berikut dan kesannya pula bukan setakat pada wajah.
Merkuri
Ia banyak terdapat dalam kosmetik atau krim untuk mencerahkan wajah. Antara bahaya merkuri dalam kosmetik termasuklah:
- Menyebabkan alahan
- Perubahan warna kulit
- Menyebabkan bintik hitam pada kulit
- Kerosakan pada saraf, otak dan ginjal
- Menjejaskan perkembangan janin
Atas sebab inilah penggunaan merkuri dalam produk kosmetik tidak dibenarkan.
Hidroquinon
Ia memang banyak digunakan dalam produk untuk memutihkan wajah. Ini kerana sifatnya yang antioksidan dan berfungsi menghalang proses pembentukan melanin yang akan mengurangkan warna gelap pada wajah.
Ia juga digunakan dalam produk pewarna rambut, pewarna kuku, cat malah bahan bakar minyak. Jika diaplikasikan kepada kulit ia boleh menyebabkan radang dan kulit terbakar.
Namun paling mengerikan ia boleh menyebabkan penyakit Vitiligo (pigmen kulit hilang sehingga menyebabkan tompokan putih pada wajah. Malah kulit juga boleh berubah menjadi gelap.
Tretinoin
Bahan kimia ini selalu ada dalam produk rawatan jerawat, pemutihan kulit dan mengatasi kerosakan akibat sinar matahari. Bahayanya ia boleh menyebabkan radang kulit terutama pada kulit sensitif. Selain itu ia turut boleh merencatkan perkembangan janin hingga membawa kepada kecacatan janin.
Tanda-tanda Produk Kosmetik Berbahaya
Jika selepas menggunakan sesuatu produk terdapat tanda-tanda berikut kemungkinan besar ia menggunakan bahan beracun. Berhati-hati ya!
- Boleh berubah putih dalam tempoh singkat (kamkin tinggi kadar merkuri lebih cepat kulit jadi putih)
- Bila disapu pada kulit lengan terasa panas dan gatal.
- Pemakaian awal menyebabkan iritasi pada kuit dan kemerahan bila terkena sinar matahari.
- Bila berhenti memakai produk ini akan timbul jerawat kecil atau bintik hitam pada wajah.
- Hasil pemakaian produk kosmetik berbahaya ini mungkin membuatkan pori-pori mengecil dan halus tapi ia sebenarnya disebabkan lapisan kulit wajah paling luar menipis kesan gurasan merkuri.
Sekiranya terdapat kesan ini sebaiknya hentikan penggunaan. Jangan tunggu senarai dari KKM, bimbang segala sudah terlewat.
Kenyataan akhbar KPK 11 April 2017 - Antara produk-produk kosmetik yang dikesan mengandungi RACUN berjadual KLIK SINI
PRODUK PENJAGAAN WAJAH APAKAH YANG SELAMAT DAN BERKESAN?
Set Penjagaan Kulit NutriWhite berasaskan konsep kecantikan dengan gabungan alam semulajadi dan sains
Set Penjagaan Wajah dari Shaklee ini DIJAMIN Selamat dan Berkesan |
Nutriwhite dihasilkan daripada bahan semula jadi dan bebas bahan kimia dan amat berkesan untuk penjagaan kulit muka.
Mengandungi 16 bahan utama untuk kulit lebih cantik, licin dan berseri. Ia sesuai untuk kulit normal tiada masalah kulit berjerawat atau berminyak teruk.
Untuk masalah kulit berminyak anda di syorkan menggunakan set produk ENFUSELLE
4 langkah mudah untuk elakkan jeragat dan kulit kusam
Untuk info lanjut mengenai produk Nutriwhite KLIK SINI
Jom Shaklee... Live Well, Be Well ;)
Info lanjut dan pesanan produk Shaklee whatsapp kakak 016.666.4584
***************************************************************************************************************
Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;
❀ Jadual Pengambilan Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee
No comments:
Post a Comment