Handphone punya pasal!!

Assalamualaikum w.b.t

Zaman sekarang nei pergi mana- mana pun org bawak hp, nak masuk toliet bwk handphone, siap "selfie" dalam tolilet lagi huhuhuuu,  nak makan pon bawak hp jugak, tangkap gambar dulu baru makan, bukan nya baca doa dulu baru makan. Sebelum tidur pun aku godek hp, bangun tidur punnn capai handphone dulu..(cek wassap, facebook, instagram, twitter) kebanyakan kita macam tue la kann.. Hehehee, tak ngaku plakkk


Marilah semua kita muhasabah diri.. 

"copy paste dari FB Masjid Negara Kuala Lumpur"

Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:

Kami lebih banyak mengisi kredit daripada bersedekah.
Kami lebih banyak pegang HP daripada pegang tasbih.
Kami lebih banyak baca sms daripada baca Al Quran
Kami lebih sering menelefon daripada Silaturahim.
Kami lebih sering buka bluetooth daripada berlutut untuk sujud.
Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini.
Dan semoga HP yg kami miliki ini dpt digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepada Mu Ya ALLAH.
Amin....



Kata guru : 

Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...
Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...
Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...
Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...
Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..
Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu..
Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu...
Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya..
Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu..

KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH? [Giler Tacing]

Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam, terus raba cari hp, padahal xde benda pon.. atas alasan perjuangn, zikir diabaikan..astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpd-Nya...

Sama-samalah kita memperbaiki diri, dulukan yang lebih utama. Jadilah hamba allah..bukan hamba telefon!

Sekian...  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...