Apa itu healing crisis?
Ramai di antara kita yang mengalami healing crisis apabila mula mengamalkan supplement tambahan.
Healing crisis ialah satu proses penyesuaian dalam badan apabila mula mengambil supplement tambahan. Simptom-simptom healing crisis adalah seperti tumbuhnya jerawat,selera makan bertambah dan ini membuatkan kita jadi risau dan membuatkan kita memberhentikan pengambilan supplement.
Tapi sebenarnya ia adalah satu tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat(supplement) dibekalkan dengan mengejut dalam badan kita,maka terjadinya healing crisis.
Dalam jangka masa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh badan kita dahulu akan muncul kembali. Biasanya ia terjadi untuk beberapa hari saja. Walaupun begitu, ada yang perlukan masa yang lebih lama disebabkan immunisasi badan yang lemah.
Hal ini disebabkan oleh toksin yang telah berkumpul dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama - seperti sisa sisa makanan berkimia, lemak, stress ditambah dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan menyahtinjaan serta pengawalan organ-organ kita.
Pada waktu penyahtinjaan ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar ) cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa panas, berpeluh dan sebagainya. simptom-simptom ini berbeza di antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu sahaja.
Makanya, minumlah banyak air masak,mineral water maupun drinking water. 5 cawan sehari tu tidak dikira banyak ye. Minum air at least 2 liter-3 liter sehari. Kerana badan kita boleh menerima air sehingga 4liter sehari. Tidak perlu ambil sekali gus, Boleh minum sikit-sikit tetapi berterusan. Anda juga perlukan rehat secukupunya dan makanlah lebih sayuran dan buahan.
Contoh healing crisis yg dialami oleh aku adalah seperti di bawah. Setiap orang,healing crisis dia berbeza beza ye. Tak sama.
No comments:
Post a Comment