TIP PERUT BUNCIT JADI RATA

Perut yang buncit atau boroi bukan sesuatu yang diingini. Meski bagi lelaki berkahwin, perut buncit melambangkan bahagia tapi tidak bagi wanita. Ia menjejaskan penampilan dan perut yang buncit menandakan anda makan berlebihan sekali gus mengundang pelbagai penyakit.



Tapi jangan tertekan dengan kenyataan ini. Anda mampu mengubah perut yang buncit itu menjadi ramping. Praktikkan perkara dibawah dan lakukan secara konsisten serta penuh disiplin!

MAKAN MAKANAN YANG BETUL

Jika anda berazam mengempiskan perut maka anda perlu mengubah cara pemakanan. Praktikkan pemakanan seimbang dalam setiap hidangan kerana diet yang betol boleh membuang lemak di bahagian perut. Makanan yang seimbang harus mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral serta protein.

TINGGALKAN MAKANAN RINGAN

Makanan ringan dan segera tidak baik untuk kesihatan. Ia akan membuatkan lemak berkumpuk di bahagian perut jika diambil secara berlebihan. Anda perlu mengelakkan diri daripada mengambil karbohidrat  yang diproses, gula, makanan bergoreng, makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

BERHENTI MAKAN LEWAT MALAM

Kebanyakan daripada kita akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna gula berlebihan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa tidur.

ELAK MINUMAN BERGULA

Soda, jus asli atau minuman bergula mengandungi banyak kalori yang akan merosakkan usaha anda mengempiskan perut. Sebaiknya ganti semua minuman ini dengan air putih. Air putih akan memudahkan anda menurunkan berat badan. Pertimbangkan air berperisa debgai alternatif jika perlu. Minum air limau juga dikatakan boleh mempercepatkan metabolisme anda. Cuba perah limau kedalam segelas air sejuk dan jadikan ia minuman harian anda.

LAKUKAN SENAMAN KARDIO

Senaman kardio amat penting untuk mengempiskan perut kerana senmana ini dapat membakar kalori lebih banyak dari melakukan senaman perut. Contoh senaman kardio seperti joging, berjalan dan menaiki tangga.

KURANGKAN GARAM

Garam menyebabkan tubuh mengekalkan air dan membuatkan anda kelihatan kembung terutama dibahagian abdomen. Jika boleh, cuba gantikan makanan yang tinggi kandungan garam dengan pikihan yang lebih sihat.

MAKANAN PRODUK TENUSU RENDAH LEMAK

Beralih dari produk tenusu yang tinggi lemak kepada pilihan rendah lemak, yang kaya dengan protein dan B6.

PILIH MAKANAN RENDAH INDEKS GLISEMEIK

Makanan ini mengambil masa yang lama untuk dicerna maka anda berasa kenyang lebih lama. Badan perlahan-lahan akan menyerap nutrien supaya dapat mengelakkan kejatuhan gula secara mendadak dalam darah anda sehingga waktu majan berikutnya.

INFO DIET SEIMBANG

• Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan / minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais).

• Diayorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja berat. Pilih lauk yang seimbang dari sehi zat dan vitamin.


So antara alternative yang lain, anda boleh mengambil Omega Guard bagi membantu anda mengempiskan perut.


Omega Guard 


Bertindak sebagai agen pemecah lemak kerana mengandungi asid lemak Omega 3 dan 6. Pantas membantu membakar lemak-lemak di bahagian perut. Selain turut memberi kesihatan pada jantung anda.



Perut buncit bukan setakat mencacatkan penampilan anda malah boleh menganggu kesihatan badan kita walaupun pada usia muda.

Jom beli Omega Guard dengan harga promo sepanjang November 2014. ^__^


***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...