MERANCANG UNTUK HAMIL LAGI?

MERANCANG UNTUK HAMIL LAGI?

Jika anda merancang untuk hamil, secara idealnya sebaik sahaja anda mahu mencuba anda harus mula berfikir tentang kesihatan dan gaya hidup anda.

MERANCANG UNTUK HAMIL LAGI?

Pemakanan yang sihat bakal membantu anda menjalani fasa kehamilan yang sihat! Jadi, adalah penting bagi anda dan pasangan untuk memastikan pemakanan yang diambil setiap hari adalah sihat. Ini adalah kerana, kesuburan sering dikait dengan amalan pemakanan yang sihat.

ASID FOLIK


Mengambil tambahan asid folik membantu mencegah berlakunya kecacatan kepada tiub saraf bayi anda. Contohnya, di UK, Ketua Pegawai Perubatan Kerajaan menyarankan wanita yang merancang untuk hamil, dan yang sedang hamil, supaya mengambil tambahan asid folik yang mengandungi 400 mikrogram asid folik setiap hari. Seeloknya bermula 3 bulan sebelum anda mencuba untuk hamil, dan sepanjang trimester pertama kehamilan anda.
Jika anda mengamalkan diet sihat, anda pasti akan mendapat asid folik daripada makanan seperti bijirin yang kaya vitamin, kekacang, sayur-sayuran daun hijau dan jus oren, tetapi adalah penting untuk terus mengambil tambahan kerana amat sukar untuk mendapatkan jumlah asid folik yang diperlukan menerusi pemakanan sahaja.
pengambilan supplemen tambahan sangat disarankan, ini kerana ia dapat memastikan anda mendapat cukup asid folik dan nutrien lain yang boleh meningkatkan peluang kehamilan
MERANCANG UNTUK HAMIL LAGI?


Pemakanan sihat
Jika anda mengamalkan pemakanan sihat sebelum anda hamil, anda akan mempunyai semua nutrien yang sesuai untuk menyokong bayi anda dari hari berlakunya penghamilan dan seterusnya. Makanlah hidangan yang seimbang dan teratur, banyakkan buah-buahan segar dan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan makanan yang telah diproses dan makanan 'segera'. Pastikan diet anda mengandungi:
  • Karbohidrat - roti (perang) mil penuh, pasta, nasi dan bijirin adalah lebih baik daripada roti putih, kek dan biskut
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran - cuba makan lima hidangan setiap hari, dan sedarlah bahawa lebih berwarna-warni buah atau sayur itu, lebih banyak khasiatnya.
  • Protein - anda boleh dapatkan protein yang anda perlukan dari daging, ikan, telur dan kekacang polong.
  • Susu dan produk susu – kedua-duanya mengandungi banyak kalsium, yang penting untuk pertumbuhan tulang
  • Lemak - cuba dapatkan keperluan lemak anda dari sumber sayur-sayuran seperti minyak zaitun, atau ikan berminyak seperti salmon, hering atau tenggiri
 Jom Shaklee... Live Well, Be Well ;)

Info lanjut tentang produk B.Complex Shaklee KLIK SINI dan untuk pesanan produk penjagaan kulit wajah whatsapp kakak http://ezashaklee.wasap.my

***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan




PENGEDAR SHAKLEE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...