KENAPA ASID FOLIK PENTING UNTUK IBU HAMIL??
Kurangkan risiko daripada mendapat anak cacat dengan vitamin asid folik.
Pastinya ramai pasangan muda diluar sana yang merancang untuk mendapat anak, sering mendapat info yang bermacam-macam, tidak kira dari mana-mana sumber pun.
Ramai diantara kita yang ambil ringan dengan kepentingan asid folik ini sebenarnya.. Pada mereka, vitamin B cuma akan menambah berat badan, sebenarnya vitamin B ada yang berfungsi untuk menurunkan berat badan, tetapi untuk tujuan ini, anda perlu mengambilnya dalam bentuk vitamin B yang lengkap seperti B-Complex dan ia juga bergantung dengan cara pengambilan vitamin tersebut.
Apa itu ASID FOLIK?
Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung.
Mengapa ia PENTING?
1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida). Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk (anecephaly/encephalocele)
2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi ;
- Sumbing lelangit (cleft palate)
- Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
- Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
- Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
Bila ASID FOLIK perlu diambil?
Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
➜ Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
➜ Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
➜ Merawat kesuburan pada lelaki
SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
* Daging, ayam, telur
* Kekacang
* Beras perang, barli, oat
* Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain
Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos folik asid berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing.
Terdapat pelbagai jenis Asid Folik dipasaran, saya mencadangkan anda untuk mengambil VITAMIN B COMPLEX SHAKLEE kerana ia lengkap dengan semua vitamin B dan mengandungi Asid Folik.
Dapatkan cadangan suplemen yang mana perlu dan sesuai untuk anda seisi keluarga. Boleh hubungi saya melalui WhatsApp ✆+60166664584 - eza
untuk konsultasi ;)
Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil suplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.
***************************************************************************************************************
Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;
❀ Jadual Pengambilan Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee
No comments:
Post a Comment