PENGESANAN DAN RAWATAN AWAL PENYAKIT TIBI

PENGESANAN DAN RAWATAN AWAL PENYAKIT TIBI

Hari Tibi Sedunia di sambut pada 24 Mac setiap tahun oleh segenap lapisan masyarakat diseluruh dunia bersempena memperingati tarikh penemuan kuman Mycobacterium Tuberculosis oleh Dr. Robert Koch pada tahun 1882. 

Tema Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan adalah, 
“Pengesanan dan Rawatan Awal: Bersama Membanteras Tibi”

PENGESANAN DAN RAWATAN AWAL PENYAKIT TIBI

Penyakit Tuberkulosis (Tibi) adalah masalah dan isu kesihatan di peringkat global dan bukanlah di Malaysia sahaja. Bagi tahun 2014, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat 9.6 juta kes Tibi di seluruh dunia berbanding hanya 6 juta kes yang dilaporkan.

Tema bagi Sambutan Hari Tibi Sedunia pada tahun ini adalah “Pengesanan dan Rawatan Awal: Bersama Membanteras Tibi”. Tema ini membawa maksud penyakit Tibi perlu dikesan dan dirawat di peringkat awal bagi mengurangkan penularan penyakit Tibi.

Bagaimana kita sebagai masyarakat dapat membantu dalam menghadkan penularan penyakit Tibi ini adalah dengan mematuhi rawatan Tibi yang telah ditetapkan oleh pengamal perubatan.

PENGESANAN DAN RAWATAN AWAL PENYAKIT TIBI

Untuk mengawal penularan penyakit ini, pesakit tibi sendiri perlu memainkan peranan yang sangat penting. Pesakit tibi perlu patuh kepada rawatan yang telah diberikan. Walaupun jangkamasa rawatan peyakit ini mengambil masa yang lama, kepatuhan terhadap pengambilan ubat akan memberikan kesan yang baik bukan sahaja kepada pesakit malah kepada masyarakat umum juga.

Antara kesan sampingan biasa bagi setiap jenis ubat adalah seperti berikut:

• Isoniazid – Boleh menyebabkan rasa letih dan mual. Ia juga boleh menyebabkan rasa kebas-kebas pada tangan dan kaki. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh dirawat dengan ubat Pyridoxine. 
• Rifampicin – Boleh bertindak balas dengan pelbagai jenis ubat-ubatan lain. Ia juga boleh menyebabkan air liur, air kencing dan peluh bertukar menjadi warna oren atau merah. Walau bagaimanpun keadaan ini adalah normal dan tidak berbahaya.
• Ethambutol – Boleh menyebabkan gangguan pada penglihatan. Sekiranya kesan ini dialami, beritahu kepada doktor atau ahli farmasi secepat mungkin.
• Pyrazinamide – Boleh menyebabkan rasa letih dan mual. Selain daripada itu, ia juga berisiko menyebabkan ruam dan sakit sendi.

Ketidakpatuhan terhadap rawatan tibi akan menjejaskan pesakit dan menyebabkan masalah kerintangan ubat tibi berlaku. Sekiranya kuman tibi tidak dihapuskan sepenuhnya, risiko untuk penyakit tersebut menjadi lebih teruk adalah sangat tinggi. Akibatnya mereka perlu menukar rawatan kepada ubat yang lain bagi mengatasi masalah ini.

Kuman tibi boleh menyerang organ-organ badan yang lain. Kuman tibi juga boleh merebak dan menyebabkan jangkitan kepada ahli keluarga, individu berdekatan dan orang awam. Oleh itu, mematuhi rawatan ubat tibi merupakan satu cara yang sangat penting bagi mengelakkan orang yang disayangi dijangkiti dengan penyakit tibi.

Mencegah penularan jangkitan tibi merupakan tanggungjawab bersama diantara pesakit dan juga ahli professional kesihatan yang lain. Ketidakpatuhan kepada rawatan bakal menyebabkan kuman generasi baru yang rintang kepada ubat-ubatan sedia ada bakal berlaku.

Jika anda perlukan vitamin untuk mengelakkan dari terkena penyakit Tibi atau mahu merawat anda boleh KLIK SINI untuk info lanjut. 

Jom Shaklee... Live Well, Be Well ;)

Dapatkan cadangan suplemen yang mana perlu dan sesuai untuk anda seisi keluarga. Info lanjut dan pesanan produk Shaklee whatsapp kakak (klik je link ni) http://ezashaklee.wasap.my

Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil suplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.


***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...