Tapi penting bagi ibu hamil untuk mengetahui suplemen yang boleh dan harus dielakkan serta waktu paling sesuai untuk mengambilnya.
KEPERLUAN PENGAMBILAN VITAMIN
Amalan diet seimbang sememangnya wajib diamalkan ketika hamil. Namun pengambilan vitamin ketika hamil atau vitamin pra natal ini sama penting untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
Suplemen seperti Asid Folik, Zat Besi dan Kalsium adalah antara vitamin tambahan yang lazimnya diambil oleh bakal ibu. Multivitamin ini dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperoleh daripada makanan yang anda ambil dan membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.
Pengambilan vitamin ini tidak menyebabkan ibu hamil gemuk atau saiz bayi menjadi besar. Ia penting sebagai pelengkap kepada diet seimbang yang sangat pentingg ketika hamil.
SUPLEMEN MINYAK IKAN TERBAIK UNTUK ANAK
Minyak ikan mampu merangsang minda dengan mengambil Asid Lemak seperti Omega 3, Omega 6, DHA dan EPA dalam kuantiti dan komposisi yang sesuai seawal tiga bulan pertama kehamilan. Sejak dalam kandungan lagi bayi bijak dan hebat.
Ia digalakkan diambil kerana badan tidak dapat menghasilkan Asid Lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperoleh daripada makanan.
Pembentukan secara optimum sel-sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus dan membantu pembelajaran setelah dilahirkan.
SUPLEMEN DILARANG
Vitamin A atau retinol ketana ia kemungkinan menyebabkan kecatatan kekal pada bayi dan keracunan hati.
GLA atau Gamma Linolecic Acid yang biasa terdapat daripada sumber Evening Primrose Oil dan Borage Oil juga tidak boleb diambil kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kecatatan dan berbahaya kepada kandungan.
Pengambilan Teh Hijau untuk mencegah sembelit harus difikirkan terlebih dahulu. Ini kerana teh hijau ini walaupun mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan tetapi ia mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik. Diuretik ini meningkatkan pembuangan air dari badan. Pengambilan teh hijau akan menyebabkan vitamin dan nutrisi yang diserap dibuang melalui pembuangan air kecil.
Adalah lebih elok jika anda mengambil air secukupnya disamping buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan serat bagi mengelakkan masalah sembelit.
KLIK SINI untuk mengetahui vitamin yang tidak boleh diambil oleh ibu hamil
WAKTU PALING SESUAI
Kebanyakan suplemen dan vitamin digalakkan diambil selepas makan pada wakyu pagi. Hal ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya seperti meningkatkan kecergasan serta tenaga sepanjang hari.
Zat besi pula disarankan sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.
***************************************************************************************************************
Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;
❀ Jadual Pengambilan Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee
No comments:
Post a Comment