TIP CANTIK | ELAK MAKANAN CEPATKAN PENUAAN

Wanita manapun pasti mahu kelihatan awet muda. Mereka sanggup berbelanja ribuan ringgit untuk membeli produk terbaik dan melakukan pelbagai rawatan kecantikan demi mengekalkan keremajaan. Namun mereka sering terlepas pandang mengenai gaya hidup dan pemakanan tidak sihat yang menjadi faktor utama menghakis kecantikan.




Makanan berkhasiat membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh, ia membantu kita sihat dan sangat bermanfaat merawat kecantikan. Namun terdapat juga makanan yang tidak baik diambil secara berlebihan. Bukan sahaja bahaya untuk kesihatan malah ia juga mempercepatkan proses penuaan. Jom kenali empat jenis makanan yang mempercepatkan proses penuaan.

GARAM



Mengambil garam berlebihan (500mg sodium sehari) akan mengundang pelbagai penyakit seperti Darah Tinggi. Selain itu, garam juga boleh melemahkan kulit kerana ia akan menyerang kolagen. Akibatnya kulit mula kendur. Golongan yang mengambil garam secara berlebihan kebiasaannya mengalami masalah bengkak dibawah mata. Sudah pasti situasi ini mencacatkan kecantikan wanita.

GULA



Gula boleh menambahkan laluan insulin yang memberi kesan kepada salur darah seterusnya mempercepatkan proses penuaan. Pengambilan gula tanpa kawalan juga menyebabkan penyakit berbahaya seperti kencing manis dan boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti. Elakkan makanan manis terutama minuman bergas dan pencuci mulut seperti ais krim dan kek. Gantikan dengan snek sihat seperti buah-buahan. Jika pengambilan gula dikurangkan, kulit akan menjadi lebih segar dan berseri. Amalkan dalam masa seminggu, anda dapat melihat hasilnya.

MAKANAN PEDAS



Tidak dinafikan pemakanan pedas dan berempah dikatakan baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh namun ia memberi kesan negatif kepada kulit. Makanan pedas boleh mengembangkan salur darah terutama bagi yang mengalami menopaus. Kapilari ini menyebabkan kulit kelihatan kusam, lesu dan tua.

KOPI



Ini salah satu minuman kegemaran masyarakat dunia tanpa mengira bangsa. Pengambilan kopi dikatakan dapat memberi kesegaran pada mata dan menjadi terapi untuk sesetengah prang. Tetapi faktanya, pengambilan kopi yang keterlaluan akan menyebabkan gigi menjadi kuning. Selain itu, kopi juga mengerinhkan tubuh. Akibatnya kulit mudah menjadi kering dan penuaan belaku dengan cepat. Kedutan mudah kelihatan dibahagian mata dan tepi bibir. Sebaik- baiknya, untuk tampak awet muda tinggalkan kopi. Gantikan dengan jus buah-buahan segar dan air putih yang sangat baik untuk kecantikan dalaman serta luaran.

TANDA-TANDA PENUAAN



Ingin mencuba produk kecantikan kulit yang semulajadi - selamat - berkesan? 






***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...