MACAM MANA NAK URUSKAN URI DENGAN BETUL

MACAM MANA NAK URUSKAN URI DENGAN BETUL

Assalamualaikum, haluu haluuu.. Hari ni nak share info yang sangat bermanfaat terutama  bagi momies and daddy to be... macam mana nak uruskan uri dengan betul dan sempurna. De-daddy kalau boleh tu kene la uruskan uri baby sendiri, anak kite kan tak kan nak suruh orang lain yang buat kan?? Kalu boleh biar kita buat sendiri, kalau tak tau boleh mintak tunjuk ajar dari mak-mak atau orang yang lebih berpengalaman.

APA ITU URI??

MACAM MANA NAK URUSKAN URI DENGAN BETUL

Uri atau placenta juga disebut tembuni. Uri adalah teman rapat bayi semasa dalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi kerana ia berperanan pentibg dalam membekalkan makanan dan oksigen serta membuang kumuhan atau sisa-sisa daripada tubuh bayi seperti karbon dioksida dan sebagainya.

Uri ini jangan dibuang begitu sahaja atau jangan la pulak ditinggalkan dihospital. Ada segelintir suami yang tidak mahu mengambilnya jadi pihak hospital atau klinik akan mengumpul uri-uri tersebut untuk siberikan kepada syarikat swasta. Uri tersebut akan diproses untuk mengambil hormon-hormon yang terkandung didalamnya. Hormon ini akan dugunakan  dalam produk kecantikan dan alatan solek.

Uri perlu diranam dengan segera untuk menggelakkannya dari busuk. Jangan simpan uri sehingga dua tida hari baru nak basuh. Kalau boleh cepat-cepat basuh. Contohnya, bila dapat uri sebelah pagi, petah dah siap cuci dan tanam. simpan uri dalam peti ais beku kalau tak sempat nak uruskan segera kerana uri perlu diuruskan dengan baik.

Disini saya kongsikan macam mananak uruskan   uri dengan baik



• Mulakan dengan membaca Bismillahirrohmanirrahim.

• Cuci bersih-bersih hingga hilang darah pada uri tersebut. JANGAN guna sabun atau shampoo.


• Bilas dengan air asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir.

• Bilas dengan air bersih (sebaiknya dengan air mengalir) sambil berselawat dan doa yang baik-baik.


• Angkat uri yang telah siap dibersihkan.



• Taburkan sedikit garam.



• Letakkan asam keping diatas uri berkenaan.



• Siap untuk dibungkus dan ditanam.


• Gali tanah sedalam mungkin (saiz muat untuk meletakkan uri, jangan terlalu besar). Agar tidak dapat dikesan dan dikorek oleh binatang lain.
• Pastikan lubang yang digali menghadap ke arah kiblat.



• Letakkan dalam kain putih.



• Ikat kemas-kemas dan ketat.
• Alaskan dasar lubang dengan papan atau bahan mudah reput (boleh juga guna tempurung kelapa) 


• Timbus dan ratakan tanah. Tanam ditempat yang bersih dan selamat seperti diperkarangan rumah, surau atau masjid.

• Akhiri proses dengan membaca surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq serta Al-Ikhlas seterusnya panjatkan doa pada-Nya agar bayi kita terlindung dari sebarang gangguan dan penyakit.

• Jangan letak lilin dan sebagainya yang boleh mendatangkan khurafat.

* Gambar ; sumber fb Rahsia Cepat Hamil


Hukum menanam uri adalah HARUS (JAKIM)

- Uri perlu dibasuh dan ditanam didalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
- Uri orang islam adalah suci dan dengan itu ia tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri itu untuk ditanam ditempat masing-masing.
- Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Berminat? Mendapatkan suplemen yang sesuai dan perlukan konsultasi mengenai suplemen IBU HAMIL , IBU BERPANTANG DAN MENYUSUKAN ANAK yang sesuai untuk anda, hubungi saya melalui WhatsApp ✆+60166664584 - eza


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...