KETAHUI MAKANAN YANG SESUAI UNTUK BERDIET
8 MAKANAN UNTUK BERDIET
KURUS DENGAN SUP SAYUR
Makanan yang mengandungi banyak air akan memberi kesan cepat kenyang pada anda. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula membantu untuk mendapatkan tenaga,zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Dengan cara ini anda mampu mengelakkan diri dari makan secara berterusan.
DIET EPAL HIJAU
Sebiji epal dianggarkan mengandungi tiga gram serat. Serat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan daripada sembelit. Serat juga membantu membersihkan sisultem badan dan menibgkatkan metabolisme. Epal hijau sesuai dijadikan makanan pilihan bagi mereka yang sesang berdiet kerana ia kaya dengan nutrien tambahan serta rendah kalori.
BAKAR KALORI DENGAN AIR SEJUK
Sesetengah orang berpendapat bahawa minum air putih atau air suam sudha mencukupi. Namun ada pendapat lain mengatakan amalam ini boleh dipertingkatkan keberkesanannya dengan meminim air masak yang disejukkan terlebih dahulu. Amalan meminum lapan gelas air sejuk dalam sehari dikatakan mampu membakar 200 kalori, sama seperti berlari sejauh 4.8km.
BUAH TIN HAPUS KOLESTROL JAHAT
Buah tin mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B6, vitamin E, potassium dan kaya dengan serat yang tinggi. Vitamin dan mineral ini sangat diperlukan untuk menjaga dan memelihara kesihatan tubuh. Amalan makan buah tin dapat mengawal nafsu makan, mengurangkan kolestrol jahat dan seterusnya menurunkan berat badan.
JUS BUANG LEMAK
Pengambilan minuman pembuangan lemak ini semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Minuman ini menggunakan buah-buahan yang kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang membantu mengubah lemak kepada tenaga. Timun pula dapat membuatkan anda rasa kenyang dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Apabila toksin sudah dibuang, makan lebih mudah proses pembakaran berlangsung ketika bersenam.
KENYANG DENGAN BIJIRIN
Bijirin adalah sarapan yang sangat baik untuk kesihatan. Jika anda mengambil bijirin sekurang-kurangnya lima kali dalam seminggu, ia dpaat mengurangkan risiko obesiti dan diabetes berbanding sarapan dengan makanan lain. Bijirin ini mengandungi kalsium dan serat yang dpaat membuatkan anda rasa kenyang.
REMPAH MEMBAKAR LEMAK
Ambil makanan yang berempah, sesetengah rempah seperti cili, halia, lada hitam, biji sawi dan jintan manis didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak pada tubuh badan.
KURANGKAN MAKANAN BERKANJI
Kurangkan pengambilan makanan berkanji seperti mi, pasta atau roti. Anda digalakkan untuk melebihkan sayur-sayuran dalam setiap hidangan. Elakkan lemak dalam masakan. Amalan ini mampu membuang 100 hingga 200 kalori dan seterusnya mengurangkan berat badan.
Selain itu anda juga boleh mencuba suplemen untuk kurus secara sihat dan berkesan
Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil seplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.
***************************************************************************************************************
Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;
❀ Jadual Pengambilan Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee
No comments:
Post a Comment