JEREBU | KAEDAH PENJAGAAN DIRI KETIKA JEREBU

JEREBU | KAEDAH PENJAGAAN DIRI KETIKA JEREBU


APA DIA JEREBU?

Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan salji.  Ia juga dianggap fenomena udara kering.


JEREBU |  KAEDAH PENJAGAAN DIRI KETIKA JEREBU

BAGAIMANA JEREBU BERLAKU?

Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut (sejenis pencemaran udara berat). 

Jerebu juga terhasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara.

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang agak kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.

DARI MANA SUMBER JEREBU?

Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap perindustrian dan kenderaan. 

Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca.

PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut ;


JEREBU |  KAEDAH PENJAGAAN DIRI KETIKA JEREBU


MASALAH KESIHATAN AKIBAT JEREBU

Jerebu bukan sahaja membawa asap tetapi juga bahan-bahan lain semasa bertiup dari kawasan pembakaran seperti partikel, mikrob, toksik (bahan kimia) dan alergen.

Bahan ini akan menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan pernafasan seperti ; 

• Asma
• Bronkitis
• Batuk
• Demam
• Selsema
• Penyakit kulit
• Sinus

Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, mata, paru-paru seperti lelah, bronkitis, resdung dan sekiranya ia berpanjangan boleh juga menyebabkan penyakit kardiovaskular, darah tinggi dan juga mengakibatkan kematian.

Terdapat bukti yang menunjukkan pendedahan udara tercemar secara berpanjangan juga boleh membantut kan perkembangan paru-paru dikalangan kanak-kanak.

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah
  • Perokok

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah akibat jerebu ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Makan madu 2 sudu setiap hari, guna sudu plastik.

KESAN JEREBU

JEREBU |  KAEDAH PENJAGAAN DIRI KETIKA JEREBU

CADANGAN SUPLEMEN UNTUK KESIHATAN BAGI MENGHADAPI MASALAH JEREBU

Adalah amat disarankan untuk minum air yang banyak dan mengambil suplemen untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita sekeluarga.

Antara suplemen cadangan saya ialah ;

NUTRIFERON
- Imun booster untuk mengaktifkan interferon badan, sekali gus menguatkan sisitem imuniti badan anda

PERFORMANCE DRINK
- Membantu mengekalkan bendalir dalam badan. Mengandungi elektrolit yang diperlukan untuk tubuh kekal bertenaga di sampaing mengekalkan hidrasi badan

OMEGAGUARD
- Anti radang yang amat sesuai untuk mengatasi radang paru-paru dan alahan. Sesuai untuk anda yang menghadapi masalah asma dan pernafasan

SR VITA C
- Menggalakkan penghasilan imun badan secara semulajadi

MEAL SHAKES
- Multivitamin dalam bentuk serbuk, sesuai sebagai imun booster terutama bagi kanak-kanak ( 1 tahun keatas) dan juga mereka yang sukar menelan pil


JEREBU | KAEDAH PENJAGAAN DIRI KETIKA JEREBU


Apa yang penting, minum banyak air dan sentiasa basuh tangan dan badan (mandi) selepas melakukan aktiviti luar. Segeralah berjumpa doktor sekiranya tahap kesihatan anda semakin merosot

Ramai yang menuding jari menyalahkan sana dan sini bila berlaku jerebu teruk sehingga menjejaskan kehidupan. Pasti ada sesuatu yang Allah mahu berikan peringatan kepada kita selaku hambanya. Memanglah dari sudut saintifik seperti yang dijelaskan di atas, ia berpunca dari pembakaran terbuka dan sebagainya namun itu adalah kuasa Allah. Banyak hikmah atau kebaikan tersembunyi disebalik berlakunya bencana jerebu ini. Bersama kita berdoa agar masalah jerebu ini cepat berlalu dan kita semua dilindungi dari gejala penyakit yang tidak diingini.


Dapatkan cadangan suplemen yang mana perlu dan sesuai untuk anda seisi keluarga. Boleh hubungi saya melalui WhatsApp ✆+60166664584 - eza
untuk konsultasi ;)


Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil suplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.


***************************************************************************************************************

Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;

❀ Jadual Pengambilan Vitamin

❀ Konsultasi percuma berterusan



CEGAH DAN RAWAT ASTHMA TANPA UBAT STEROID (NEBULIZER)

13 comments:

  1. Bagu tips kesihatan ni..
    Singgah dari blogwalking emas putih....

    ReplyDelete
  2. Salam.. Saya singgah blogwalking yeee.... =D

    ReplyDelete
  3. hi. PG singgah blogwalking dari blog emas putih ;)

    ReplyDelete
  4. haiii....yayac singgah sini blogwalking dari BW UZU.... NO.5 - www.yayacendana.com ^_^ done follow

    ReplyDelete
  5. Hai, salam kenal ;) ok, nnti ai singgah blog u ^_^v

    ReplyDelete
  6. jerebu-2 ni mmg kena jaga kesihatan. terutama anak-2 kecil ni :)

    Blogwalking dari Blog Kak Uzu (EmasPutih) :D

    Alja no 28 (www.cahayapermata.my)

    ReplyDelete
  7. mmg udara masih belum sihat sekarang ni... elak terlalu lama berada di luar bangunan... dan minum air banyak...

    ReplyDelete
  8. Musim panas nnti sedia la untuk jerebu. Kene kuatkan sistem imun supaya xkena penyakit

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...