Obesiti tidak pernah mengenal usia. Kanak-kanak juga tidak terlepas daripada masalah obesiti. Hampir 10 hingga 20 peratus kanak-kanak sekolah mengalami obesiti ditahap serius. Jadi, ibubapa seharusnya melihat masalah obesiti dengan lebih serius dan mereka seharusnya diberi pengetahuan yang cukup untuk mengawal pemakanan anak-anak agar terselamat daripada masalah obesiti.
Selain itu, masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berpunca daripada faktor genetik namun ianya sangat kecik.
Justeru masalah obesiti tidak seharusnya dipandang ringan dan ibu bapa seharusnya peka dan prihatin terhadap gaya pemakanan anak-anak agar mereka terselamat daripada masalah obesiti dan kesihatan secara umumnya.
TIP PEMAKANAN YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK MENGELAKKAN MASALAH OBESITI
• Kawal pemakanan anak-anak anda. Pastikan anak anda mendapat makanan sihat dan seimbang serta mencukupi keperluan harian mereka.
• Kanji dan gula antara jenis makanan yang perlu dikawal untuk mengelakkan pengambilan berlebihan. Awasi anak anda ketika menjamah makanan manis seperti gula-gula dan minuman berkarbonat.
• Sekiranya ingin manyediakan anak anda makanan berbentuk pastri, biskut dan kek elakkan penggunaan marjerin atau 'shortening'. Jenis lemak ini mengandungi banyak 'trans fat' yang iurang baik untuk kesihatan anak anda. Pengambilan lemak jenis 'trans fat' boleh menyebabkan ketinggian kolestrol yang tidak baik untuk kesihatan dan menyebabkan arteri atau saluran darah tersumbat.
• Baca label ketika membeli makanan ringan kentang goreng, makanan beku dan makanan segera untuk anak anda. Jenis makanan ini biasanya mengandungi 'hidden fat' yang mengandungi 'hidrogenated fat' atau ' trans fat'
• Ketika menggoreng, menumis atau menggunakan minyak, pilih minyak yang tidak mengandungi 'trans fat'. Pilih minyak zaitun atau minyak bijan untuk anak anda kerana ia amat baik untuk kesihatan memandangkan ia mengandungi kandungan 'trans fat' yang amat rendah berbanding jenis minyak yang lain.
• Sekiranya anda ingin menguji, masukkan minyak yang anda gunakan untuk makanan anda kedalam peti sejuk dan biarkan ia berbuku. Sekiranya minyak tersebut mempunyai buku yang tebal, bermakna ia mempunyai 'hidrogenated' lemak yang tinggi.
•Jika ingin menggunakan gula, pilih yula perang atau madu.
• Pilih beras perang atau beras 'parboiled' dan elakkan pengggunaan beras putih, beras beriani atau beras wangi kerana ia kurang berzat untuk kesihatan anak anda.
• Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam makanan anak anda. Anak anda seharusnya mendapat sekurang-kurangnya 5/6 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.
• Kurangkan pengambilan daging.
***************************************************************************************************************
Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;
❀ Jadual Pengambilan Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee
No comments:
Post a Comment