Tubuh yang sihat, cergas dan bebas daripada pelbagai jenis penyakit adalah antara nikmat kehidupan. Bagi memperoleh kesihatan yang baik, tubuh memerlukan nutrisi yang cukup dan ia boleh didapati daripada makanan yang diambil setiap hari. Begitu juga dengan amalan gaya hidup yang sihat.
Namun begitu, adakalanya tubuh memerlukan nutrisi ekstra dan pengambilan suplemen boleh memenuhi khasiat yang diperlukan. Walaupun begitu, anda tidak boleh mengambil suplemen sembarangan kerana seandainya tubuh tidak memerlukannya, ia tidak memberikan sebarang manfaat. Disini perlunya anda bijak mengambil suplemen agar ia memberi kebaikan kepada tubuh, selain mengelakkan pembaziran.
Dengan kandungan nutrisi yang terdapat dalam suplemen, ia memberi banyak kebaikan kepada tubuh. Antaranya ;
1) MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH
Gangguan terhadap metabolisme tubuh akan memberi kesan kepada penyerapan makanan yang kemudiannya akan menurunkan kadar nutrisi yang diterima oleh tubuh. Mengambil suplemen dalam kadar yang mencukupi boleh meningkatkan kadar metabolisme hinggakan tubuh dapat bekerja secara optimum dan menyerap nutrisi yang diperlukan.
2) PENTING UNTUK 'VEGETARIAN'
Bagi mereka yang mengamalkan 'vegetarian' pastinya kekurangan zat yang dibekalkan oleh makanan seperti daging dan sebagainya. Mereka telah kekurangan sumber protein, vitamin dan mineral, sedangkan ia penting terhadap tubuh. Dengan pengambilan suplemen, ia sangat membantu memberikan manfaat kepada tubuh dan akan menjalankan peranan dengan berkesan.
3) MENINGKATKAN DAYA TAHAN TUBUH
Suplemen seperti vitamin C sangat berkesan untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Ia dapat meningkatkan ketahanan badan, sekali gus sebagai anyioksidan yang membantu mengatasi kerosakan ke atas otot.
4) SUPLEMEN KHAS UNTUK WANITA
Terdapat tiga jenis suplemen yang sangat penying dan berguna untuk wanita iaitu zat besi, asid folik dan juga vitamin D, terutamanya bagi wanita hamil. Zat besi diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan sangat berkesan untuk mencegah anemia. Asid folik sangat diperlukan untuk mengurangkan risiko kecatatan pada bayi manakala bitamin D penting untuk mencegah osteoporosis.
BILA BADAN MEMERLUKAN SUPLEMEN??
• Apabila keletihan dan penat setelah melakukan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga.
• Apabila tubuh mula merasa sakit, tidak selesa dan mula berasa amat lesu. Keadaan ini memberi isyarat bahawa badan memerlukan suplemen.
• Ketika terjadi ketidakseimbangan dalam tubuh terutama yang berhubungan dengan sistem metabolisme tubuh.
• Ketika badan terlalu terdedah dengan pencemaran dan radikal bebas yang tinggi atau ketika berdepan dengan cuaca buruk.
• Wanita hamil amat digalakkan mengambil suplemen yang bersesuaian.
• Pengambilan suplemen perlu dilakuakn dari awal lagi untuk hasil yang memberangsangkan.
Sumber : Mingguan Wanita
Saya memilih PRODUK SHAKLEE sebagai sumber makanan tambahan untuk melengkapkan pengambilan nutrisi seharian saya. Anda boleh mengambil seplemen asas untuk seisi keluarga anda. Jom hidup lebih sihat, kerana kesihatan adalah kekayaan sebenar.
***************************************************************************************************************
Dengan setiap pembelian vitamin Shaklee dari saya, anda layak mendapat ;
❀ Jadual Pengambilan Vitamin
❀ Konsultasi percuma berterusan
❀ Peluang menjana income dengan Shaklee
No comments:
Post a Comment